December 31, 2010

December 23, 2010

Cuba

Banyak benda nak cita, tapi tunggu dulu la. Yang penting banyak sangat. Hee



p/s: Aku takut tengok kau mengamuk. Tak tipu

December 17, 2010

Extraordinary Measures

Assalamualaikum.


Hai semua, mesti pelik macam mana aku boleh online padahal tadi kecoh kemain lagi breukband broadband aku overlimit. Tadaaa, aku curik pinjam yang abang aku punya. Alah, adik sendiri takkan nak berkira kot. Kan3?

Know what? tadi disebabkan aku tak online, aku tengok la movie yang aku amik dari akak aku. Yela, aku ni amik je bukan sempat nak tengok semua. Ada la 2 movie dah aku tengok. First one Eagle Eye. Yang hero citer Transformer tu berlakon, korang nak tau lebey2 tengok sendiri la. Penat aku tengok tau. Actually, aku dah tengok before ni, tapi macam tak fokus sangat so tengok balik la. 

credit for google
Then the second one, pernah tengok movie dekat atas ni? Released awal tahun ni (tapi aku baru tengok sekarang, gila ketinggalan) Tapi kalau tak, better tengok. Sangat sedih and menyentuh perasaan. Nangis2 aku tengok. Serious tak tipu. It's about humanity and sangatlah touching bila tengok kasih sayang parents dekat anak. This is from true story okay. Diorang adapt cerita ni dari buku 'The Cure: How a Father Raised $100 Million--and a Bucked the Medical Establishment--in a Quest to Save His Children'. Pernah dengar pasal Pompe's Disease? Aku tak pernah pun, please boo me (never care). Tapi lepas tengok cerita ni baru aku tau. Nak explain lebih, aku tak pandai sangat. Just watch it.



p/s: Rasa best giler sebab ada durian runtuh (bukan aku dapat tapi merasa la sama kan) hehe. Nak cari movie lain pulak. Nite semua :D

December 16, 2010

sengal

breukband broadband overlimit, huh !

kawan duit kawan cinta kawan assingment ??

Assalamualaikum.

Sekarang dalam mood malas nak update blog. Banyak benda nak buat, assingment sikit je tapi nak solve satu soalan tu mau sejam. Habis la aku kalau exam macam ni. Formula tak hafal lagi, takpe 'take it slow aisyah don't push yourself so hard, know your limits'. Kadang2 tu tak semua benda kita dapat dengan senang. Ye dak? InsyaAllah ada la hikmahnya. Tapi sem ni sangat letih sebab semua subjek kena cepat2. Kalau miss sikit pun dah  macam, adoiii ! Esok projek, damn ! Tak suka gila, sebab takot. Huaaaa...

The worst part ever is, I'M TOTALLY BROKE ! Broke ok, not beruk even sometimes i'm acting like that. Oh, just kidding. Huaa, memang gila pokai la. Makan pun share2 je, tapi still ada tuk makan tu kira okay la kan? Alhamdulillah. But, yang happy sekali mak dah balik, huhuhu. Suke3 ! Hari mak sampai tu mak singgah rumah kejap. Sembang la dalam 20 minit kot. Lebih tu melayan pdot n paan. Rindu gila, memang tak tipu la. Takpe, esok balik rumah. Hoyeah !


Banyak benda nak cerita, tapi sikit2 udah la yea. Sepanjang minggu ni mood tak berapa nak betul. Boleh nampak kot dari entry2 baru2 ni. Tah apehal la nak emo2. Malu kot fikir balik, huaa. Tapi sepanjang minggu ni yang aku boleh conclude la, 'true friend is someone who always have your back and still enjoy your company even if you pissed them off'. That's true you know, cari la sape yang buat macam tu dengan korang. Love? i've got nothing to say about that. For my friends, sorry for those i've hurt. Sometimes people didn't realize what they said because they are just like you, Human Being. Have a happy day people :)



p/s: Duit jatuhlah ke riba, banyak benda nak bayar ni :'(

December 11, 2010

I'm Not FIne

credit to google


p/s: Teringat arwah abah sepanjang tengok cerita ni T__T

December 08, 2010

Sebuku Roti Menjanjikan Kepenuhan Perut

Assalamualaikum.

Kalau korang la beli roti, selalunya yang besar or kecil? Kalau aku kat rumah kecil je, tu pon belum tentu habis. Tapi bila dok rumah sewa ni, yang besar tu sekali makan pun habis. Huhu, tambah2 kalau hujan2. Lapar bagai nak gila la. Masing2 pulak tengah pokai, hanya roti je la yang mampu.

hasil usaha bersama

Lazat tak? Tolong la cakap lazat, huhu. Dalam tu ada kaya, huu memang sangat kaya la. Pau tu kawan aku bawak balik. Dari mana dia dapat, malas pulak nak cerita. Panjang sangat. Senang nak bagitau, orang bagi la.          Aku dah lapar sekarang, tapi hujan. Huhu, susah kalau tak bawak transport sendiri ni. T__T Nak balik, mak pulak takde rumah. Dibah, I need you T__T


p/s: Bila mak nak balik ni? :'(

December 07, 2010

Bila Otak Dah Berkarat dan Tak Dapat Bercuti Bersama Keluarga, hoyeah!!

Assalamualaikum.

Hari ni aku pergi kelas awal. Boleh la. Kelas mesin, umph best gak. Masa dalam kelas, aku baca tulisan atas meja. Ala, yang budak2 conteng tu. Tulisan tu atas meja sebelah. Dia tulis Diploma Teknologi Mekanikal Pembuatan, tapi aku hairan gila macam mana aku boleh baca Diploma Teknologi Makanan Pembuatan =_=' Kawan aku gelak gila kot, tah apa2.

Dah tu lecturer bagi overview la pasal topik2 yang kena belajar, ada formula2 yang dia tunjuk. Ada satu perkataan tu, dia sebut amplitude aku dengar  'F gendut' T__T okay sila gelak. Aku tak tau la kenapa aku pekak sangat hari ni. Or terlebih excited masuk kelas? Hmm, tah la. Dah la ada orang dalam kelas gila apa tah asyik panggil2. Nak kutuk aku depan2 la kan.

Lepas je kelas mesin, ada material strength. Tunggu punya tunggu, takde kelas. Hoyeah ! (suka kau) Then kami pergi makan tengahari, ye la sementara tunggu kelas satu lagi. Masa makan tak ada apa2 yang best pun, just jumpa ana. Bounce tak habis2. Hehe. masuk je kelas math, deh ! Tamparan hebat bila tengok topik2 dia. (wondering how he got four flat for this subject) Lepas tu kelas petang, Termodinamik. OMG ! Aku dah lupa banyak kot yang basic dia dulu. Kena refresh balik la. Huhu


Okay, enough with classes. Fyi tadi kembo aku mesej, "adik, kami nak pergi i-city malam ni". Huaaa, sampai hati tau tak aku kat sini tak pergi mana2 pun. Tapi bila ingat bawak mak, okay la. Macam kurang la sakit hati tu. And, dia cakap tak sabor nak upload gamba diorang nanti. Hamboih3, mentang2 la aku bagi fon aku suka nak ambil gambar banyak2 pulak. ;| Takpe, kita tunggu dan lihat ye kawan2.


Yang anak sedara aku si cicak ni pulak, tah apa angin boleh nak buat entry pasal aku. Siap ada gambo aku masa aku sem 1 dulu lagi. Hua3, muka tak boleh blah time tu. Musykil gila mana dia dapat. Tau la aku ni comel. Tipu di situ. Dah la, mesti dah boring baca cerita aku ni. Selemat selamat malam, tidurlah sayangku~  (rindu pdot and paan) :(


p/s: Salam Maal Hijrah kepada kawan2 Blogger sekalian, semoga tahun baru ini dapat membuka lembaran baru kepada kita. InsyaAllah~

December 06, 2010

1st Day Dah Lambat =_='

Assalalmualaikum.

My first day for class? LAMBAT!!! Ya Allah, tak tau la macam mana boleh lambat. Imagine je la first day, first impression lecturer macam mana? Adoii. Dah lambat tu apa lagi, jalan tak cecah tanah la. Okay tipu. Dalam 15 minit lambat, punya la penat sampai tercungap-cungap. Dengan nak lintas budak2 yang jalan macam siput lagi. (sendiri lambat nak salahkan orang lain)

Dah sampai tu, pintu tutup pulak. Aku bukak, then tadaaaa. Aku cakap la, 'maaf cik, terlambat'. Dia cakap, 'ha, ni kena aim lepas ni' T_T Tak sengaja.Takpa la, dah duduk tu tengok la keliling kelas banyak gak yang tak masuk kelas. Kejap je kelas tadi, just intro sebab lecturer ada kerja. Keluar tu pergi breakfast. Ha, time lintas kantin kawan aku cakap nampak ****. Biau la, bukan ada kaitan dengan aku.

For the next class, kami tunggu dekat koridor2 tu sambil tengok budak2 lelaki kat bawah main Batu Seremban, kalau Kedah panggil Batu Selambut. Serious lawak, tapi kenal la budak2 tu sebab kawan kepada kawan. Hmm, tunggu punya tunggu last sekali tak boleh masuk makmal tu. Pergi la cari kelas lain, naik tingkat atas sekali. Sekali kipas tak leh on, panas? Takda la panas sangat.

On the way pergi kat motor aku kol mak, tanya mak dah gerak ke. Mak cakap tak, then pegi la kat rumah abang. Dekat je. Sampai rumah aku usik2 budak dua orang tu, then makan. Ada nasi lemak yang akak ipar aku masak tu. Sambil tengok Melodi, tunggu abang aku. Dia pergi mana tah, kawan2 aku kacau la budak2 tu. Baru kawan aku tau perangai budak2 tu macam mana ;| Sambil tengok abang aku masuk barang dalam kereta, aku pun keluar rumah. Akak aku suruh diorang masukkan basikal dalam rumah sendiri. Gila lawak, adik dia yang tak boleh blah.

Sedih la tak boleh ikut mak. Akak aku kuang aja, lagi menyakitkan hati ada la. Rugi la, apa la. Okay takpa2, time diorang boleh la. Huh ! Kawan2 aku pulak bengang je sebab aku dok cakap kat diorang 'em, mesti mak aku and akak2 aku makan best2, pas tu pergi jalan2' hehe. Maaf la, aku tak boleh tau kena tinggal macam ni. Tambah2 kalau pergi jalan2. Hehe. Tapi kembo aku suruh pergi dekat dia nanti. Dia nak belanja pergi Sunway Lagoon. Aku pulak yang malas nak mandi2 ni. Harap esok tak pergi kelas lambat dah. Dapat la diorang jumpa widad, huh




p/s: Kawan aku ngadu nak balik Malaysia. hehe, sabau je la

December 05, 2010

Minyak segala minyak

Assalamualaikum.

Sangat mengantuk tapi gagahkan juga nak post entry baru. Hehe, pulun gila. Eleh, sekali sekala apa salahnya ye dak? Just wanna say tak ready nak start kelas tapi excited tunggu esok. Faham tak macam mana perasaan tu? Sebab aku sendiri tak faham. Haha. You know, sometimes I over think things. Benda biasa je, tapi suka nak melebih-lebih. Macam mengada-ngada la. Tehee.

Tau, dah la memang panas tak boleh ikut mak. Akak aku pula asyik tambah minyak gas kat atas aku. Petrol xleh la, dah naik harga T__T lagi pokai aku. Huhu. Balik kepada tafi, dia komen apa tah dengan anak sedara aku wanie, then wanie tanya. 'Maksu tak ikut ke?' Akak aku balas, 'tak, hahahahahaha'. Owh, kemain lagi panjang gelak dia. Yang wanie ni pun suka la. Siot betol. Pas tu bangga aku cakap aku sayang dia. Hua3


Kan on the way balik tadi aku mesej dengan kembo aku, aku tanya la apa yang ratu widad tu tengah buat dalam kereta. Kebetulan, diorang on the way pergi amik akak aku deana tu kat mana tah. Kembo aku cakap dia tengah berlatih menyanyi. Eh, jangan salah faham budak ni tak masuk setahun lagi. Cakap pun merapu2, mana boleh nak menyanyi. Dia menjerit. Okay, Kalau dia menjerit memang sangat bingit. Aku pernah rasa. =_=' widad oh widad~


So, esok mak nak bertolak pergi sana. Semoga selamat pergi dan balik. Jangan lupa anak yang comel ni sudah. Hehe. Kakanda2 di sana, jaga bonda elok2 okay. Bagi peluk tampar kat widad :)


p/s: Hari ni housemate aku semua tido awal. Excited ke? Letih? Nite :D

December 04, 2010

Kembo, dah start kelas ke? Haha

Assalamualaikum.

Aku dalam kereta sekarang, on the way balik Kulim. Gila pening, masuk pulak jalan lama. Adoii. Hari ni tak balik naik miti moto sebab hujan, so naik kereta je ngan abang aku. Kebetulan dia pun nak balik sana and tambah lagi nak balik kL bawak mak aku. Hohoho, rasa sakit hati tu masih ada. Akak aku pulak tambah kol tadi lagi menambah kepanasan hati aku yang dah memang panas ni. Nasib baik tak lebur. Dengar pulak lagu Paramore yang jerit2 ni, menjerit je la dalam hati.

Woooa ! Nasib baik la tak accident. Ada motor ni celah masuk suke2 hati dia je. Aku kalau bawa moto sopan je (menipu di sini). Balik ni budak2 pulak xda kat rumah. Emm, aku nak buat apa? Esok kelas dah start, kembo aku start hari ni. Haha. Nasib baik pen hari tu ada lagi, beli lebih. Tu pun sebab kawan aku bising aku suka beli pen sebatang je. Ala, jimat. Ye dak?

Tadi anak sedare aku yang cicak ni suh aku wat header kat die. Gila, macam la aku terer sangat. Tapi wat je la demi kasih sayang kan. Weks ! Haha, dia baca confirm muntah. Haha. Tadi aku tanya adik dia Yon, kakak mana. Dia cakap pergi Cub Prix. Apa tu? Aku pun tak tau. Haha T___T Kawan aku ajak pergi  Pesta Penang. Huih, duit xdak ni. Lagipun, aku malas la. Okay, dah pening gila ni. Selamat tido :D



p/s: suke kacau kembo aku dengan ceritera cinta dia. Okay aku menambah. GPS ni bising la, pening kepala. =_=

December 03, 2010

Untitled

Assalamualaikum.

Okay, hari ni dah masuk hari yang ke 4 aku tido atas tikar. Gila sedih (takpe, syukur je la ada gak tempat nak berteduh) Bukan apa, semua barang aku ada kat umah akak aku. Dia pulak balik umah mak aku, so macam mana aku nak amik barang. Sabtu ni baru dia nak balik. Parah ! So, esok aku nak balik umah. Sakit dah badan2 ni. Bukan apa, patutnya rabu petang tu lagi aku nak balik, yela bukan start kelas lagi. Tapi bila pergi nak daftar subjek rabu tu, sistem problem pulak. Memang siot la. Macam sia2 je pergi, tapi okay la. Boleh amik jadual kelas. Agak padat, and sem ni semua subjek kira2 =_=' 

Termodinamik. Lama kita tak bertemu kan? Selamat bertemu kembali. Be nice to me okay. Maaf gila di situ. Projek hari khamis, takut sih. Huhu. Overall, semua lecturer sem ni okay2. I hope so.



p/s: Tiba2 nak pancake, adoii !

December 01, 2010

Goodbye November

Assalamualaikum.

Hari ni Semalam pagi2 dah keluar pergi daftar. Kabus pun tebal lagi. Biasa la atas bukit sikit. Sekali dah sampai xde sape2 lagi. Pas tu masing2 lapar, keluar pulak pergi breakfast. Then pergi daftar, tak sampai lima minit. Waatta. Bengang kot, dah la cuti sikit pas 2 buat macam ni. Tapi aku tak tau la apa yang jadi kat aku masa daftar tadi. Boleh dengan slumber aku cakap kat orang yang jaga kaunter 2, "laaa, dah kawin" T___T Semua sebab aku tengok die pakai inai. Malu dengan diri sendiri. Fyi, die laki. Kawan2 aku apa lagi, bantai gelak depan2. Apa celupar la mulut aku nie.



p/s: December, please be good to me