February 26, 2011

tak nak balik rumah !!

-DEAR WHOEVER READING THIS, DON’T FORGET TO SMILE TODAY-



credit to tumblr


don't get me wrong okay, aku malas balik rumah sewa la, not my own house. sekarang aku macam kucing ni, huhuhuhu. someone please help me !! aku tak nak balik rumah sewa, nak duduk rumah je boleh? nikmat dok rumah sendiri ni lebih dari tempat lain. satu hal nak balik naik moto, okay memang aku setiap minggu rempit, tapi cara baik la, hehe. tapiii, tapi kan, hari khamis baru ni masa aku sampai depan simpang rumah kan, aku nampak satu kereta ni. that time I was like, "is it him because that's the car he always drive when he's home" but then I don't think so. enough with that I guess, sekarang ni orang semua pening tengok Profile Pic aku dekat FB.


meh nak ceghita skit, sebenaqnya aku letak gamba tu kira macam cabaran la. yang bole start tu sebab kawan aku si Uzey ni bising suruh aku letak gamba lain sebab time tuh aku letak gamba hero Baby And Me. alaa, cerita Korea tu, huhu. ensem okeh, tapi diorang cakap tak !! huh, marah ni. then dia cakap better letak gamba dia. so, aku cakap la "okey fine, letak yg muka cacat punya". tapi tak sampai hati la yea. tak boleh lama ni, I'm going home now, i mean my second home T__T


p/s: home is  where i can look and feel ugly and enjoy  it :)


February 23, 2011

Save Them

-DEAR WHOEVER READING THIS, DON’T FORGET TO SMILE TODAY-





credit to tumblr



what's wrong with this world right now? where is our humanity?
T__T

February 21, 2011

Kawan atas dasar keikhlasan atau kesenangan semata-mata??

-DEAR WHOEVER READING THIS, DON’T FORGET TO SMILE TODAY-



credit to tumblr

"kenapa mata aku makin kabur sekarang?"

"tapi sekurang kurangnya kabur aku dapat membezakan mana kawan mana lawan"




As' salam.. hai guys :) minggu ni agak mengejut semua. otw nak balik dari rumah aku boleh TERberangan jap sampai tak sedar kereta depan brek, pe lagi emergency brek aku. mula2 cool la, dah lepas dari tu menggeletar satu badan weh. tskk, tskk T__T sumpah lepas ni tak mau dah berangan2 lagi. 


malam tu kawan kol cakap kawan aku accident. tambah terkejut lah kan, bila nak pergi hospital dah tak boleh tengok, so decide esok je pergi. but the time tengah sembang dengan kawan aku depan rumah, rupanya ada bapa sorang dari kawan aku meninggal petang tu. Innalillah~ semua dalam satu hari. esok tu baru la pergi melawat kawan yang accident ni. sebak rasa tengok die, tapi buat relax la takkan nak nangis kan. teruk ! tapi Alhamdulillah dia dah sihat. hari ni pun dah boleh cakap banyak dari semalam. takpe, ni dugaan Allah swt bagi dekat dia. 


tapi kan aku sedih sangat. semalam aku ternampak la satu gambar ni, glups !! dup dap, dup dap, dah lama aku tak tengok muka tu. tiba2 nampak teringat la pulak kan. adehh, parah je rasa padahal takde apa2 pun :'o hope he's happy with his life now (although it shows through his face) T__T 


to my friend, dah lupa ke nak cakap apa2 kat aku. dulu bila aku lambat wish tunggu pulak aku kol, sekarang dah tak hairan langsung. takpe la, semua dah berubah sekarang kan. people change because their feelings change, it's a fact. just like the seasons?? hmm, life~~




p/s: bila kita susah baru tau sape ikhlas berkawan and sape yang kawan bersebab :|

personal stuff

"being happy doesn't mean that everything is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections"





glad to know that you still here :(

February 18, 2011

Kerachut Beach | Where The Journey End

hello... this is the last entry about Kerachut Beach. sorry if you guys got annoyed by it, tapi tolong la cakap anda semua jeles, hehehehe. okay2 back to the topic, as been requested by my sis, nah amik la gamba pantai. hehehe. just kidding, ni pemandangan dekat sana. ada yang dalam hutan tu, dekat pantai and masa naik bot. hop3, sebelum lupa, takde line ek kat pantai tu.


batu apa tah ni
this is awesome
banyak jenis pokok kat sini
antara titi2 dekat sini

masa dekat sana, boleh la nampak view yang lain dari yang selalu kita tengok kalau pergi Batu Feringgi. umpama pantai ni disebelah Penang yang lain. faham tak? aku pun tak faham apa aku cakap. sorry la tak reti nak explain sangat. my bad everyone. to my sis, sorry lah tak amik gamba pantai tu full. banyak bergambar atas batu jea :)

see the jetty?
sebelah pantai tu

otw balik naik bot yang aku cakap orang tu berhentikan bot tunjuk something kat kami tu kan. nak tau apa??


apa ni??






****






dah teka? apa la benda tu kan? nampak macam sperma je macam kita belajar dalam subjek Sains tu. hey, i'm not trying to be culah, tapi serius macam tu kan? guess what, itu la obor2 or jellyfish yang Spongebob suka tangkap tu. Tapi bila dalam kuantiti yang banyak, macam tu la rupanya. orang tu siap amik satu bagi kami pegang. nampak best sebab die kan lembik2 macam jelly la lembik je. tapi aku tak pegang pun. wait,, bukan sebab takut tapi aku geli la menatang yang lembut2 lembik2 ni.


dengan rileks je die pegang


orang tu cakap, obor2 ni banyak sebab arus. like seriusly banyak gile. nak kaler apa? pilih je, semua ada. hahaha. tau tak sebab nak tengok obor2 ni secara close-up, berat sebelah bot tu. kalo ada ombak time tu mau tumbang dah pas tu kena sengat dengan obor2, okay merepek. agak2 kan, ni kot tempat yang selalu Spongebob dengan Patrick datang tangkap jellyfish? tehee


ada putih, ada cekelat
sampai ke batu2

lepas tu bot gerak ke depan sikit ada la batu ni rupe die macam rabbit. ada la nampak just kami terlepas sikit, nampak sipi2 je la. lepas dari batu cik arnab ni, ada pulak batu penyu. yang ni clear sikit bentuk die. depan sikit ada la buaya. hehe, batu bentuk buaya siap dengan kaki lagi.


cik arnab
cik penyu
cik buaya


lepas dari batu2 ni, jumpa la Monkey Beach. dekat pantai ni baru boleh mandi and you know what. orang tu cakap Farid Kamil tengah shooting kat situ that's why ada polis marin. kami tak pergi sini sebab track die lain, kalau ada kesempatan datang sini pulak. orang tu cakap track datang sini senang sikit dari ke Pantai Keracut sebab track die macam pusing bukit je compared dengan ke Kerachut kena panjat turun tu. haa, kalau ikut track ni gak boleh la pergi rumah api. ke depan sikit ada pusat penyelidikan marin USM. Betul tah, tapi yang USM la. and lastly baru la sampai ke jeti Kampung Nelayan :)


rutin kehidupan di sini
cantik kan?


-the journey ends here-

Kerachut Beach | It's Time To Go Home

****




bila dah mula mesti la ada pengakhiran die ye dak?? penat lelah hiking, menikmati pemandangan Kerachut, rasa la sikit air Tasik Meromiktik sampai pulak masa untuk balik. what can I say here is, "it was an amazing experienced you guys should tried once" bot yang kami book tu datang dalam 3.40 cam tu lah. siap ada bendera pirate gitu. memang style habis la and yang bawaknya muda la lagi kira senang la nak sembang. tapi kan kami pergi tunggu dekat jeti yang kat laut tu, padahal time tu dah ada bot parking situ. aku ni punya la risau nak panjat 2 bot, mau jatuh aku haa. tapi orang tu tarikkan siap2 bot bagi rapat, so no need to be worry la.


naik bot ni amik masa bapa lama aku tak tengok la, sebab berhenti2 jugak nak tunjuk benda2 yang ada sepanjang perjalanan naik bot ni. kira worth la sebab dia bukan amik terus hantar balik tapi siap cerita ada apa kat sini semua.


akhirnya sampai jugak dekat jeti Taman Negara tu. lepas turun dari bot masing2 pergi toilet nak mandi sebab semua bau lebih kurang sama je mashammm. huhuhu. Lepas mandi terus balik singgah Perda pergi makan and terus balik rumah. I love u'olls la :)



p/s: kembo aku request nak tengok gamba pantai, nanti aku cari okay :)


February 17, 2011

Kerachut Beach | What A Release

haiii, boring ke aku asyik update pasal trip aku ni?? biar ar, asal aku bahagia, kawan2 aku pun bahagia and kembo aku jeles. teheee :P suka tak suka aku still nak cerita pasal ni, nak cakap aku promote tempat ni pun cakap la, aku tak rugi apa2 pun lagi menambahkan rezeki orang2 kat situ ada la. baik kan aku :)




****




dah sampai sini, kami cari tempat nak duduk. penat kot, dapat duduk tu pun kira lega teramat sangat. haa, kalau nak tau, sini ada Tasik Meromiktik. tak tau apa?? well, tasik ni hasil dari air laut yang dibawa oleh ombak besar pastu terkumpul kat tasik ni. kalau nak tau, tasik ni ada 2 layer. bahagian atas air tasik ni sejuk, bawah pulak panas. tapi kami tak bernasib baik sebab time ni tasik kering. die ada waktu time tasik ni ada air. dapat je rasa air die, tapi tak feel sangat sebab cetek je.



benda pertama yang kami buat lepas kami dah rehat kejap adalah MAKAN. giler lapa, tak tipu okay. yela kami setakat alas perut dengan roti je sebelum start hiking. masa makan, semua diam. kejap je kami makan, rasa macam tak cukup je. aku la, hahaha.


kami baring kejap untuk hilangkan penat badan, bangun baru jalan2 kat situ. kami panjat batu yang tinggi tu untuk tengok pemandangan dari situ. Subhanallah, cantik sangat. Siap baring2 la atas batu tu, nasib tak ukir nama je. dah macam berjemur kami kat situ, burn gile tapi puas dengan penat lelah ni tak la terasa sangat kulit da hangit. tapi hari tu mendung sikit and hujan rintik2. nasib baik sebab kejap je, sekadar lalu dekat situ. kat sini tak digalakkan mandi yea sebab pantai ni depan sikit dah curam plus, obor2 banyak. nak kena dengan obor2 boleh la. 


dekat sini ada pusat penetasan telur penyu. tapi tak pergi pun, dah tak larat. lagipun penyu ada ke keluar time tengahari terik2 ni. ada la buaian disediakan untuk rehat2. fyi, boleh je tak book bot, dapat murah sikit just takut bot takde la time tu. kat sini banyak jugak kaki pancing datang. tai tengok ikan todak je ada. yang lain obor2.


suke gamba ni



p/s: sometimes aktiviti luar macam ni lagi best dari asyik keluar pergi mall je :)

Kerachut Beach | The Adventure

hi there, sorry lah lambat sikit post entry baru, letih kot. tadi pulak bengkel, balik trus tido. petang tadi baru balik SP. untuk kembo, ha ni aku buat cepat2. 'pa wau lam wau nun' sungguh, tak sabar2 nak tengok. aku tau la mu excited, ngeh3.




****




ehem2, kami mula start hiking dalam pukul 11.20 lepas baca doa semua. perlu yea baca doa masuk hutan, kang ada pulak yang mengikut balik, wakakaka. okay serius, imagine je la macam mana terik time tu. tapi nak buat macam mana, terlambat sikit. overall okay je la time tu kan. tak lah lambat sangat. ramai jugak yang pergi hiking, siap bawak anak2 kecik lagi. masa mula start semua tengah semangat berkobar-kobar nak hiking. sampai lupa la nak stretching sikit, mau krem kaki baru ada akal. jalan mula masuk tu elok je sebab dah ada track yang diorang buat. ada je pekerja2 taman tu tengah sapu sampah, ye la awal2 ni tepi2 track tu semua laut. ada orang tengah mandi manda, mengai. tau tak mengai apa? mancing la nyot.


dalam tengah jalan tu terserempak la dengan junior, tetttt. hahaha, takde la junior sangat sebab diorang sama umur je tapi batch lain. diorang tengah beriadah kat tepi2 tu. btw, cantik masa track awal2 tu sebab ada tempat2 duduk tepi2 pantai siap ada buaian bawah pokok lagi. memang layan la kalau duduk situ, kena pulak angin sepoi2, perghhh. 



okay, sampai je kat jambatan gantung Sungai Tukun, ada junction untuk pergi sana. disebabkan kami nak naik Canopy Walk, kami amik kanan. kalau kiri pun boleh je, just takde apa2 la dalam perjalanan tu. just straight pergi Pantai Kerachut. haa, lepas je dari jambatan ni, bermula lah perjalanan berliku-liku kami. ceay3, hehehe. eh, perasan tak muka aku tak nampak dalam gamba tu? kuang asam toii !! kalau nak tau, banyak tempat leh pergi kat sini sebab banyak tanjung2 pa2 la. tapi track dia lain dari Pantai Kerachut.



time ni dah tak nampak laut sebab dah masuk dalam hutan. sunyi je, tapi jangan takut sesat la sebab ad je bekas track tu. cuma bukan track yang diorang buat elok la. tapi baru adventure macam ni, ye dak?? masa ni tak nampak dah orang lain tengah hiking. yang ada kami 12 orang je. masing2 dengar lagi suara sebab tak penat lagi, lepas  dari ni memang senyap je. dalam setengah jam kalau tak silap, kami sampai dekat Canopy Walk. kat sini baru tunjuk tiket yang beli dekat kaunter masa daftar nama tadi. tapi bukan setakat tunjuk tiket je, kena daftar nama dekat buku pendaftaran kat situ dengan nombor siri tiket.



actually tak panjang sangat Canopy Walk ni, tapi aku lupa ada berapa. hahaha, sorry lah. masa yang first tu, orang depan kena lepas 5 meter baru yang belakang dari dia boleh jalan. start yang kedua tu dalam 10 meter baru boru boleh jalan. nasib aku jalan tengah2 dari budak2 laki tu sebab diorang asyik goyang2. agak tinggi yea kalau tengok bawah. sapa yang gayat better jangan pandang langsung. lama jugak la kami dekat situ, yela nak tunggu sorang2 sampai amik masa la sikit.


dah semua sampai kena daftar sekali lagi dekat buku tu, yela kot2 ada yang tertinggal kan. lepas turun, perjalanan kami mula dengan jalan2 yang lagi lah susah. semua kena panjat je. sampai satu tahap aku memang dah penat gila sampai nak jatuh la hilang imbangan diri, huhu. jauh jugak kami jalan sebelum rehat untuk first time. yela, nak kejar masa yang dah ditetapkan ikut yang dalam peta tu. dalam 2 jam lebih sikit kalau tak silap. itu pun sebab jalan dekat Canopy Walk,  kalau tak ikut situ dalam 1 jam setengah boleh je sampai.



dalam 10 minit kot kami rehat, malas nak lama2 terus kami mula hiking balik. masa ni jangan cakap la macam mana penat. semua kena panjat non-stop. kot ada yang tak panjat pun sebab lintas sungai kecik. semua dah tak cakap sangat, yang dengar nafas masing2 je. termasuk la aku, kuat giler aku bernafas, darah pun rasa naik je kat kepala. penat sangat3. tapi yang pelik ada sorang je yang giler hyper nak mampos. tak berhenti cakap. die yang banyak amik gamba sebab cergas sangat. yang die tau, asyik suruh semua 'smile' , 'smile wide'. adehh, jemm la faiz ni :)


disebabkan non-stop panjat bukit, masing2 dah start cungap2. penat weh, una jangan tanya la, tinggal habis kami yang kat belakang ni. trip ni aku buat pun sebab die la. haa, meh nak cita macam mana boleh nak pergi sini. satu hari tu dalam kelas fiza tanya aku menara condong kat mana? aku cakap la kat Teluk Intan, kan3? dia ajak pergi sana. tah macam mana aku boleh terfikir nak ajak diorang datang sini. so dari situ baru kami mula plan. mau tak, una ajak aku datang sini masa kami tengah praktikal lagi. dah dekat setahun, demi menyempurnakan impian si beliau ni, tu yang pergi. nanti aku kena sempurnakan impian adik burung aku fiza =_='


lepas je rehat kami mula jalan balik.  kejap sangat kami rehat sebab nak sampai cepat. bot yang kami booking tu datang pkul 3.30 ptg. takut sampai lambat, tak sempat nak rehat. oh yea, bot yang kami book tu rm100 untuk satu bot. boleh muat 10 orang, tapi sebab kami lebih 2 orang je mintak gak naik sekali. okay masa sambung balik hiking ni, baru la terserempak dengan group yang lain. diorang dah nak balik. maybe diorang datang pagi.


akhirnya, sampai la kami dekat simpat pergi Pantai Kerachut, lambat lagi nak sampai T__T kat simpang ni baru kami rehat lama sikit, nak kumpul tenaga balik. sebelum tu ada la terserempak dengan orang arab ni, die tanya jalan. wah3, speaking sorang2, hua3. faiz la paling semangat sekali, tapi, tapi kan. bila dah lepas die, terkejut kami jumpa sorang budak kecik ni sorang2. kawan aku muka dah cuak. yela, apa budak tu buat dalam hutan sorang2. rupa2nya anak pak arab tadi. die sempat la tanya kami mana bapak die. ada gamba die faiz amik, huhuhu.


lepas dari rehat yang lama ni, semua semangat balik. hehehe, aku apa lagi conquer dok depan terus. semangat berkobar2 siot sebab ingat lepas ni semua kena turun bukit je, padahal T__T ada je kena panjat bukit, tapi lagi banyak turun la. ada satu tempat ni kena tuuuurruunnn je, sampai sakit kaki sebab terhentak-hentak sangat. time ni dah mula bau2 laut, haha poyo lebih. sampai la kami sampai dekat simpang tasik, 30 minutes to go, huh! tapi dah rasa la pasir lautnya. jalan punya jalan sampai la dekat papan tanda Pantai Kerachut lagi 5 minit. time ni jangan tanya macam mana excited sorang2 sebab dah lapar gile2 and nak sampai cepat. tapi kan, 5 minit tu rasa macam 5 jam. huaaa, rasa lambat sangat nak sampai.




****



dan lepas penat lelah 2 jam kami lalui, akhirnya kami sampai dengan selamat. Alhamdulillah....




p/s: after this kita tengok keadaan dekat Pantai Kerachut :)

Kerachut Beach | Start Point

entry ni kesinambungan dari yang lepas. (oemmjayy, awat yg ak ckp mcm ni) okay2 serius skunk. sampai je Penang terus gerak pergi Taman Negara Pulau Pinang. sebenarnya sorang pun tak tau sebab tak pernah sampai situ lagi. paling jauh kami pergi pun Taman Rimba je, lepas sikit dari Butterfly Farm. so malam tu cari la kat Google Map, dari situ nampak senang. bila dah lalu, memang senang hehehe, just amik masa sikit nak sampai dengan jalan yang bengkang bengkok tu.




****



actually, Taman Negara ni dekat Teluk Bahang more specifically dekat Kampung Nelayan. time sampai tu tak tau pun yang kami dah sampai sebab jalan situ macam sesak and Pejabat Taman Negara tu betul2 hujung laut tu, kire jetty nelayan dekat situ jela. cantik tempat tu kalau usha betul2 la. but, haaa ada but ni. susah nak parking kereta sebab very limited tempat parking die. ditambah dengan kawasan rumah2 orang lagi. tapi ada la parking just agak jauh dari pejabat tu.



dah jumpa tempat, masuk la untuk daftar. owh, sebelum mula hiking semua kena daftar nama dekat kaunter penerangan tu. untuk tujuan keselamatan la in case jadi apa2. sebelum daftar tunggu budak2, ada yang salin baju, ubah kereta dan yang tak buat apa2 ni just menikmati pemandangan laut je :) dah ada semua baru la pergi daftar. kami saja amik track yang lalu dekat Canopy Walk tu. yela alang2 dah datang better try je. Kena tambah 20 minit sikit la. lepas daftar pergi booking bot sebab balik nak naik bot, yela mesti masing2 dah penat giler. haa sbelum terlupa, nak naik Canopy Walk tu kena bayar tiket die rm5 sorang untuk dewasa and rm3 untuk kanak2.




****




okay noe the journey begin, best of luck u'olls





p/s: lepas ni entry yang penuh dengan gamba. kalo nak muntah silakan siap2

February 16, 2011

Kerachut Beach | Here it Begin

Assalamualaikum


okay tak tau mana nak mula, so aku pun buat la entry ala2 teaser before start cerita pasal trip ni. ngeh3, bajet hot la, choii. well, macam yang aku cakap dalam entry before ni yang aku nak pergi hiking, dah aku tunaikan huhuhu. nak tau macam mana kena la baca. banyak sangat nak cerita. but, it was an amazing experienced for me :)



****



perjalanan kami bermula pukul 8.30 pagi, lambat sikit dari yang kami plan. trip ni mulanya kami plan nak pergi 5 orang je. tapi bila dah ajak2 yang lain jadi la 12 orang. masing2 datang kumpul dekat rumah sewa aku dalam kol 7.30 pagi. campur tolak tunggu yang lain pastu isi minyak, amik duit kat atm, that's why la lambat sikit. kami konvoi 3 buah kereta, and setaip kereta kami bekal roti as breakfast la konon. disebabkan hari tu Penang tak cuti, tak risau sangat la jem2 ni. ferry pun kosong je, owh kami pergi naik ferry yea dekat sikit dengan Feringgi.


sampai je dekat jeti ferry kereta tak banyak pun. tapi kena tunggu line penuh and ferry sampai ofkos, baru boleh naik. dalam 15 minit kot baru ferry sampai. sebelum tu masa tunggu, baru la aku boleh makan roti sebab diorang tak bagi aku makan walaupun tengah lapar gile. kejam !! T__T then, masuk je ferry apa lagi turun la, mula la sesi bergambar sikit2 sambil menikmati angin laut pagi2 hari yang sepoi2 bahasa, hehehe.




p/s: okay sampai sini dulu la, banyak sangat nak sumbat dalam satu entry. semuanya best :)

KERACHUT BEACH

-coming soon-

February 13, 2011

Just The Way You Are

from tumblr


hari ni tetibe je ingat dekat sorang kawan aku ni. well, we've known each other for about 11 or 12 years i think. since standard three to be more specific. at first he came, i hate him. idk, but i just don't like the way he is. haha (suke ati je tak suke) but then, we're getting closer and closer. time tu baru tau dia sangatlah humble, kelakar, kira senang lah nak cerita apa2 dengan dia sebab feedback dia tu yang best. sampai habis sekolah rendah la kami rapat, tak pernah gado? eh, ada je. sapa tak pernah gado dengan kawan. you know what, kadang2 gado tu yang mengeratkan lagi silaturahim sesame kita. ye dak? hehe


back to the story, we're still in the same school till form one but in a different class. then he moved to another school. start from that, kami dah tak contact. kalau ada pun maybe time cuti sekolah. and guess what? i'm shy, hua3. maybe the hormone change and became so 'covering' ayu. damn !! okay, masa form 4 baru mula contact balik sebab aku baru pakai fon time tu, huhu. so we became close again.


but people's change, we're no longer close like before instead we're like stranger. i miss the old us, i miss how we were before. you know those silly conversation, those good night message, the way you always teased me, kutuk aku, prank call, i miss them all, especially you. why can't we be like before. you're totally change right now, not like the way i know you before. i'm totally disappointed for who you are. semua cakap macam tu, perlu ke jadi macam tu? you know what, i like the old you more than now because you're amazing just the way you are :)



p/s: orang tu online tadi, damn !!

February 09, 2011

mind please think about heart

mind, can you stop thinking about him? it's better to end something and start another than to imprison yourself in hoping for the impossible because sometimes the best thing to do is let it go. got it? 

BUT..





p/s: i have to find the Bruno Mars of my life <3

February 07, 2011

my holiday :)

Assalamualaikum.


Wah, kenapa la malas sangat nak update blog nih, padahal macam banyak jugak la cerita. hehe, poyo jea. well, cuti ni disamping keluar dengan kengkawan sampai fon hilang, aku pergi kL 3 hari masa mula2 cuti tu. Saja la konon nak jalan2 sana,. Tapiiiiiii, kembo aku demam, huhu. Punah angan2. Duduk je la rumah kawan. Aku tak pergi mana pun, setakat pergi Sunway cuci2 mata pastu balik.


Masa balik dari kL, aku dengan kembo aku. Dia tu konon demam, tapi sihat lagi la kalo dah leh jalan kan, hahaha. Mengada lebih. Nak dijadikan cerita, bas yang kami naik tu laju gila. Berhenti kejap before Juru, sampai tinggal 2 orang budak. Tak tau la apa jadi dengan diorang. Kami yg dalam bas semua terdiam :|

Balik je SP, eh dalam bas before balik pun Uzey dah mesej ajak keluar. Adehh, memang tak lah sebab penat, huhu. Padahal nak tidor je, kikiki. Tapi esok tu keluar jugak, tapi bukan dengan dia cadangnya, tetiba ja boleh join sekaki. Khamis semua dah balik rumah sebab nak buat kenduri tahlil dekat masjid untuk arwah abah. Sedar tak sedar dah nak setahun abah pergi :( Mak buat mee kari je hantar sana. Esok tu lepas sembahyang Jumaat, kami pergi Sedim. Hoyeahhh. Tak tau ke? Emm, tau Tree Top Walk? Kat situ lah. Best sebab air dia sangatlah bersih cuma arus kuat sangat. 


Balik dari Sedim kami singgah beli barang untuk esoknya sebab nak buat birthday party dekat anak2 sedara aku. Buat biasa2 je. Time tu la baru nak sibuk2 cari hadiah. Aku, kembo ngan akak aku Deana. Siap berebut2 nak bagi hadiah apa. Tah apa2, motif tak menarik langsung.

Kawan aku tak datang pun, huhu. Min and Dayah je datang. Afiq pun tak datang sebab ada hal.  huhu, tapi apa2 pun best la. Besides, tak rugi sangat beli kek sampai 3 pun sebab licin semua. hihi


Waktu sesi penyampaian hadiah paling best sebab kembo aku balut dengan paper tebal2 sampai fed up lah diorang nak bukak. Tapi still tak puas hati sebab hadiah tak sama, adoii. Nasib aku beli sama, tapi Widad buang badak pink saya, hua T__T


-THE END-

p/s: wah banyak nak cerita tapi ni je yang mampu. esok kelas, tak nak  T__T