September 21, 2011

to write is not easy

Sometimes I wish to have talent in art.

Why?

Because art is something that you can use as a medium to express your feeling *for someone who doesn't know to delivered straightly.

Which talent I wish to have?

For me, I choose writing. You see, like the people who wrote a song lyrics or a book writers. Very inspired!

I mean, like how do they get their inspiration?

Normally they will said from their past experience.



There are a lot form of art can be used to expressed your feeling, writing is just my example. Some used photography, painting and any other thing. The important thing is how to delivered it. For someone like me, I must say it's hard. I like writing, but I don't know how to express my feeling in such a beautiful words. For a person to write such a meaningful things in just a glance, I must say that I really adore you. Not many people can do it.



Why all of sudden I talk about this?

Because I've just fell in love with this one band. Most of their songs is written by them.

Many bands do that. Why this one catch my attention?

Yes, I still like other bands cause they're like a true musician. But this one, I like the colour of their music.



To tell the truth, I'm universal. I listen to any songs that attract my ear, and the lyrics. For me lyrics is important as the melody. Lyrics can be said like a story line of a movie. The best of the movie depends on the story that needs to be delivered.





"There is nothing better than learning, therefore I will try my best to learn and enjoy wholeheartedly."
-Lee Jonghyun-




p/s: it just my point of view. I should start and learn how to write. 
*my bad if my grammar sucks




September 20, 2011

my new love

assalamualaikum


If people ask me, what's your favorite colour? I would say black, well many people like that colour right? Why? For me, it's a basic colour that easily fit in many place and of course people. Why not white? Erm, I never really care about that colour before this.because for me it's to bright. *sebetulnya sebab kaler kulit aku dodol hangit T_T


But now after I see many things using white colour, well that's really attract my eyes, I think I'm into this colour now, hee. Still not for my cloth though. I found it attractive after I fell in love in home decor. Makes our house look bigger and bright. Now I wish to have this colour for my room *technically it's a shared room. Well, whatevahh. 


Look out these photo I found in tumblr. 


simple and bright, gimme this room
combination of my favorite colour @_@
i wish this is my living room
a bright time next to the window
and this space where i'm going to lay here all day


One day baby, one day. I will insyaAllah, makes my own house like this if I still think this colour nice. Hahahaha.





September 16, 2011

Kadang-kadang




Sometimes be yourself is not good enough. You just need to do what you wanna do, and say what you wanna say. Well, we're not living to be someone else puppet. Good night :)





p/s: jonghyun :)



September 11, 2011

Tiada yang mustahil


assalamualaikum


Perubahan dalam hidup bukanlah sesuatu yang asing, malahan ramai orang yang berubah sama ada dalam dia sendiri sedar ataupun tidak. Normal lah bagi kita apabila sudah melalui pengalaman dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kita berubah. Ada yang dengan kerelaan, yang tak sedar dan ada yang secara paksa *ada ke? Tak kisah la macam mana pun, tapi manusia sentiasa berubah. Sentiasa !

Tipu kalau ada manusia yang tak berubah, sedangkan rutin seharian pun selalu berubah. Takkan itu tak dinamakan perubahan? Bezanya sama ada baik atau buruk perubahan tersebut mempengaruhi mereka. Ini artikel tentang perubahan yang aku jumpa dekat iluvislam, semoga berguna untuk panduan kita dan sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak :)





Mustahilkah untuk melakukan perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.


Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).


Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?"Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.



subhanallah

sumber iluvislam



September 09, 2011

Kita tak sempurna

assalamualaikum


Kalau nak cakap orang punya salah, cuba reflect balik dengan diri sendiri. Manusia ni sifatnya suka menghakimi tanpa usul periksa, suka menyalahkan tanpa bertanya tetapi tidak pernah melihat keadaan diri sendiri yang hanya selalu memandang sifat negatif orang lain. 

Kita manusia tak sempurna, sesiapapun dari kita, kita buat salah, kita rosakkan sesuatu benda tapi apa guna memandang ke hadapan kalau tidak boleh memaafkan yang lepas? 

Sampai bila-bila hidup akan mundur kerana selalu memikirkan tentang perkara silam. Hubungan persahabatan tak mungkin akan kekal kalau selalu menyalahkan antara satu sama lain.



***



Ini cuma metafora dalam kehidupan. Kadang-kadang kita tak dapat memuaskan hati semua pihak, nak mengeluh? Bak kata orang tak elok. Biarlah kalau dia nak pertontonkan kepada orang keburukan seseorang, kita hanya mampu menegur. Bila kira hati dia sakit, sakit lagi hati dengan perangai yang dia tunjuk. Bulan Syawal ni untuk memaafkan kesalahan orang, bukan menyalahkan orang. Sorry kalau ada yang terasa.



"When my heart became constricted and my paths became narrow, I took my hope in your pardon and forgiveness as an opening and an escape. My sins seemed very great to me but when I compared them to your forgiveness, I found your forgiveness to e greater."
-Imam Shafi' Rahimullah-

Subhanallah



September 07, 2011

syukur

"Astaghfirullah for the past,
Alhamdulillah for the present and
InsyaAllah for the future"



Raya Raya Raya

assalamualaikum..


Selamat Hari Raya semua XD ! Best tak raya? Bagi aku best la jugak even rasa macam kejap je tapi kan still macam tak puas beraya. Kawan-kawan banyak yang dah balik, kakak and abang aku lagi la, semua sekali dah balik. Sekarang di masa yang sunyi ni tinggal la aku berdua dengan mak aku. Ada jugak kawan kan.

Berbalik masa raya, memandangkan rumah kecik, bilik air pun satu je, sape yang nak pergi solat raya kena bangun awal untuk mandi dulu. Aku pun bangun takde la awal sangat, propa je lebih, hehe. Lepas solat pergi ziarah kubur arwah abah, balik dari kubur baru beraya satu family. Masa abang Ajid bersalam dengan mak, tahan je sebak dekat dada padahal air mata dah tak tahan nak jatuh, huhu. Lepas anak-anak, cucu pun kena la beraya sama. Disebabkan semua akak dengan abang aku bagi duit raya, anak sedara aku yang sorang ni pun ingat aku akan bagi duit raya yang padahalnya aku pun dapat dari orang T__T


Lepas habis beraya and bergambar tentunya, masing-masing lapar terus makan. Yang pergi solat semua minum  je before pergi Masjid *padahal aku je, yang lain dah makan. Mak buat mee kuah sebab abang aku teringin nak makan, aku tak makan pun. Bukan favourite la mee-mee ni, budak-budak datang beraya pun tak layan. Kakak aku yang layan, huhuhu. Tengahari sikit pergi beraya rumah Yasmin yang jaraknya dalam 100 meter tu je. Disebabkan anak sedare yang dah tak sabar nak pakai kasut baru, perlu la bawak so diorang dapat pakai kasut tu -_-'

Lepas Zohor semua pergi beraya di kampung, jangan taktau kampung aku sangatlah dekat. Just tambah lagi 100 meter dari rumah kawan aku, sampai lah sana. Rumah Maktih buat nasi, pasangan Makcik and Pakcik  yang comel tu masak. Tapi mula-mula singgah rumah Paknjang, makan-makan kerepek semua baru pergi makan nasi. Sodap weh, semua makan bertambah sebab bukan senang dapat nasi masa Hari Raya ni kecuali nasi impit.


Balik sambung bergambar lagi, orang yang gila gambarnya aku, akak aku and anak sedare aku yang baju oren tu haa. Yang anak teruna jadi mangsa tolong amik gambar, hehe. Sebenarnya beza umur takde la jauh mana in fact ada je anak sedare yang sama umur dengan aku (baju hitam tu). Sebab tulah taste lebih kurang sama je, cuma aku yang kurang sikit bab-bab nak berfesyen ni. Biasa-biasa dah la kan.

Masuk raya ke dua, masing-masing pakai t-shirt je pagi tu sebab nak buat laksam. Pakai baju kurung mau masam la, sebab nak buat tu pun amik masa yang sangat lama. Tapi aku tolong potong-potong je, hahahaha. Selebihnya mak and kakak aku yang buat. Selalu kalau makan laksam memang bermangkuk-mangkuk la, but that day satu mangkuk je, magic!



Owh lupa nak mention yang aku pakai baju sama dengan Confuse. Dia yang belikan, adik beradik jadi la separuh ke suku harga sebab aku bayar sikit je, keh3. Den tak mampu, nak buat macam mana. Tapi baju ni best sebab ni lah satu-satunya baju siap yang aku beli padan dengan badan *gembira dengan mata bersinar. Hari tu just beraya kawan depan rumah je, Wani kawan dia datang beraya dua beradik tu pergi taman sebab boring, si bujang teruna semua main game sampai nak sembul mata and ada yang baca One Piece sampai tertidur depan lappy -_-'


Baju merah tu sebab dia yang selalu amikkan gambar, kadang-kadang kena la bergambar sekali, hehehe. Jangan cuba nak compare kaler kulit kami, dia memang putih aku dodol hangit, tsk ;[ Lepas je kawan Wani balik, kami tiga pun mulalah bergambar dengan kamera biasa yang asalkan ada tu. Erk jangan taktau, nak dekat maghrib baru masuk rumah, well dekat laman je.


Masuk dalam rumah budak-budak tu penuh dekat hall tengah makan kerepek, padahal itu memang sedia untuk tetamu. Bila tanya, katanya diorang pun nak raya jugak *susah betul, siap berebut lagi. Orang yang paling suka mestilah Udin, he's special in our family :)


Malam tu diorang pun balik Penang, sunyi lah rumah sikit. Tengah malam sikit akak aku sampai sebab esoknya Ijam bertunang. Kami sebelah lelaki ni buat biasa-biasa je, sebab diorang pun nak simple-simple. Esok tu dah pakai baju siap-siap, sekali panas betul. Masa nak pergi tu kena la tukar baju, huhu. Dekat je rumah tunang die tu, tapi sunyi sikit Deana tak boleh follow sebab nak balik KL.



Disebabkan tukar baju, maka aku dengan Confuse pakai baju sama sekali dengan tudung, hehe. Kakak aku yang comel tu memang putih dalam family, sebab tu kot die comel. Balik je masing-masing sibuk tengok hantaran sebelah perempuan. Banyak dapat makanan, kek sebiji tapi tak habis pun makan sebab hari tu mak masak nasi tomato. Semua orang dah full tank. Petang sikit pergi beraya rumah Mel, bawak Firdaus. Saja sebab boring pergi sorang kononnya, last sekali Min pun nak ikut. Balik tu tengok budak-budak tu main, malam Abg Jid pulak balik, huhu.



Boleh dikatakan semua dah balik, tinggallah si ratu Widad Kamilah je dekat rumah. Tapi dia sorang pun dah macam berapa orang je, padan la dengan title dia tu. Kami pergi beraya dekat Guar Perahu, rumah kawan Mak. Abg Yus nak belanja steambot lepas balik dari rumah Makcik Ani, terpaksa pergi sampai ke Perda dengan pusing habis sampai ke Butterworth and terpaksa patah balik sebab aku dengan Ckin salah bagi jalan, hee.



Mesti muak kan? hehe, layankan aje. Last sekali kami pergi beraya rumah Long. Aku malas pakai baju kurung so pakai seluar je, takpe la kan. Sampai pun nak dekat malam sebab jam teruk dekat expressway Sp ni haa. Macam tak caya jugak, sebab selalu mana ada jam-jam ni haa, Tapi Alhamdulillah sampai jugak and siap makan nasi lauk cincai lagi. Sedap weh, tak tipu :)



Akhir sekali, Salam Lebaran ampun kalau blog ni banyak merepek je :)



p/s: entry ni ada dalam draft dari raya ke-2 lagi. sebab tu compile masuk terus semua, hee