December 29, 2012

berhenti


“berhentilah peduli,
maka kau akan jauh dari luka.”


“berhentilah mengambil tahu,
maka kau akan jauh dari kecewa”


itulah kata mereka,
dan juga bisik hati yang pernah dilukai.


jujur,
berhenti peduli, dan berpura-pura tak mengambil tahu itu,
benteng dari luka dan kecewa 
atau hanya membuat hati bertambah luka?


kerana kita sedang berpura-pura,
memaksa diri dan membohongi hati,
bahawa sejujurnya,
masih ada khabar yang ingin kita dengari?


ketakutan terkadang membuat kita menjauh,
sedang rasa ingin tahu membuat kita menderita.


maka, pilihlah yang terbaik. ;’)

"
pilihlah, apa yang terbaik, buat dirimu.
mengikut kesesuaian keadaanmu.  





December 20, 2012

wajah

"Allah Ta'ala tidak mencipta wajah aku persis Ummi dan Ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak Ummi dan Ayah. Lalu tidak kira ke mana aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa Ummi dan Ayah bersama.

Dan apabila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu bapa, kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada, dan Allah tahu kita rindu; kita perlu lihat wajah mereka."

-tak tau dari buku apa



Rindu. Aku cepat rindukan seseorang. Tapi sekarang setiap malam aku rindukan lelaki yang dah pergi tinggalkan aku. Sangat. Rindu. Abah. Susah rasanya nak tahan perasaan rindu ni. Tapi aku percaya, ketentuan Allah itu lagi terbaik. Hanya gambar menjadi peneman. Sebab tu tak berani buka folder Family. Sebab takut rindu. Wajah yang dah lama pergi, tapi masih kuat dalam memori. Masa berlalu terlalu pantas. Entah apa yang aku dapat, hmmm.


As time goes by, aku sendiri dah makin meningkat usia. Tersedar bila buka balik gambar lama, memang ketara sangat. Sekarang bila tengok mesti rasa "apesal la aku macam tu dulu?". Lawak. Tapi itu la kita manusia. Usia mematangkan kita. Tapi kadang-kadang kematangan tak boleh diukur dengan usia. Pengalaman yang dilalui yang menyebabkan diri berubah. Then terjumpa gambar anak sedara. Fikir balik, kejap je dah besar, hmmm. 


Abang adik dah besar and maksu pun dah tua.



hati oh hati

Allah tu Maha Kuasa kan?
Aku mintak ikhlaskan hati dengan semua ketentuan yang DIA berikan,
DIA jatuhkan aku dugaan.
Satu cara mahu menguji "ikhlaskah lagi aku?"

Nampaknya aku masih belum ikhlas
Subhanallah,
Hina diri terasa.

Kadang-kadang payah terasa nak pujuk diri
Terlupa yang Allah sentiasa di sisi.
Kadang takut diuji,
Takut tiada jati diri tersimpan di hati.


Allah is the best planner Aisyah. Ingat tu. Dia tak letak kalau tak mampu.



December 18, 2012

things happened

Have you ever met someone that surprised you? Like you meet this person and at first you hardly pay attention to them. You may not even really be attracted to this person, but as you get to know them, you notice yourself falling for them. This person that was once average to you has quickly become the greatest, most beautiful person in the world and perhaps even the most important. It's just funny looking back. You never saw something like this coming, it kind of just...happened.



December 08, 2012

aku




“Aku dan masa silamku,
adalah RAHSIA antara aku dengan Tuhanku.
yang selalu menjadi sebutan
di setiap doa dan sujudku.
dan biar Tuhan menjadi saksi
Tangisan dan sesalanku dalam sembunyi.

Aku dan rasa cinta pada adam itu,
adalah RAHSIA antara aku dengan Tuhanku,
yang selalu menjadi sebutan
di setiap doa dan sujudku.
dan hanya Tuhan menjadi saksi,
Tangisan dan cintaku dalam sembunyi.”
(via penulisbuta)


November 29, 2012

my sweet escape

Assalamualaikum



Yeay!! My friend convocation day. At first I thought I couldn't attend it but my class was canceled so I went there hurriedly and luckily managed to meet her in thousand crowds. They were too many people and at some point I thought I couldn't met her and gave her a bouquet of bear, haha. Tapi takdir menyebelahi, so bertemu la secara sedihnya, huahuahua *merapu. Aku suka kalau aku boleh buat orang bahagia, gembira. Macam satu kepuasan yang susah sangat nak dapat. Tapi agak touching time tu sebab most of them were hugging their daddy and all of sudden aku pun teringat yang masa konvo dulu abah takde. But I hope, I do make him proud :')

Minggu ni memang minggu aku mencari ketenangan, cewahh. Takde la tenang mana pun, but at least I'm way better than before. Aku follow akak aku pergi outstation dekat Perak and kebetulan memang ada satu hari kelas aku semua cancel. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, dengan senang hatinya aku ikut and skip satu kelas tanpa rasa bersalah =.=' Sorry sir. Things about me is that aku memang suka Perak. Tak tau sebab apa, tapi aku suka sangat. That's why aku suka pergi rumah kawan aku dekat Batu Gajah tu, sebabnya dekat Perak :)

Otw pergi sana dari Bukit Subang memang guna jalan lama je. So, kira aku first time la menjelajah jalan lama dekat Selangor ni. Baru la aku tau mana Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam and so on. And guess what? I'm loving it. Totally in love sepanjang jalan. Just jalan die la yang agak tak elok. Keluar pulak awal-awal pagi, memang rasa tenang je.



At first pergi Manjung dulu sebab my sis nak settle kerja dia. So I was following her masuk Pejabat Tanah, saja nak tengok kerja macam mana and bumped into one of her office mate. It takes a while jugak la nak complete semua kerja. Mana lot yang takda kena ganti, satu-satu. Aku pun clueless dengan apa benda yang diorang buat. Then habis je terus pergi makan sebab baru tengahari and masing-masing dah lapar. Lama sangat tak datang Manjung, dulu selalu kot. Habis makan pergi ronda Teluk Batik yang suatu masa dulu tempat yang arwah abah selalu bawak kalau pergi rumah tokwan dekat Air Tawar. Best gila time tu, but now rasa macam biasa ja.


After that, kami pergi cari Teluk Senangin sebab tak pernah pergi. Not bad la, ombak dia agak kuat dari Teluk Batik tapi orang tak ramai and view pun cantik. Saja amik angin then terus gerak check in hotel. Time ni baru aku mengantuk betol. Yelah, bangun awal tapi tido lambat. Tapi sepanjang perjalanan tu memang aku update gila-gila kat Twitter, bukan apa saja bagi akak aku yang lain panas. Aku bukanlah kaki mengupdate ni, tapi tah la jadi macam lepas tension pun ada jugak. Sampai Perak akak aku pun dok buat ayat sedih bagai cakap aku tak bagitau mak. Aku cakap nak bagitau la sebab baru je topup. Then masa nak kol tu, ada pulak orang lain kol tanya nak hantar report. Baru je aku lupa pasal dia, terus ingat balik. Lepas check in tak keluar dah kecuali pergi makan malam tu, hehe. Apa-apa pun, best gila sehari dekat sana. Macam kena suntik ubat khayal tengok pemandangan sepanjang jalan. And beach, tempat yang paling aku suka pergi sejak kecik lagi. Dah biasa duduk dekat dengan pantai kan.


Esoknya kami gerak ke Teluk Intan untuk last job akak aku. Nasib kerja dekat situ pun sikit je and boleh cepat-cepat pergi jalan :) Ala, just pergi Menara Condong. Masa masuk dalam terus aku tangkap bau macam rumah Tok Minah aku, hahaha. Kayu kan, bau semua sama. Kena jugak la marah sebab tak pandai amik gambar, sorry la aku memang kekok gila pegang kamera. Just amik saja-saja, tau la. Lepas pusing-pusing terus gerak balik. Time ni memang aku tido gila-gila sebab aku tido lambat malam tu. Sedar-sedar dah sampai Sabak Bernam, gila cepat lah. 




Otw balik tu cari la tempat nak makan. Cari punya cari, last sekali makan dekat Bukit Malawati tu je. Ada satu kedai akak aku dah biasa pergi. Not bad sebab aku dah lama tak makan ikan. Rasa tak puas pulak. Sebelum makan tu pun dah cakap nak naik kejap atas bukit tu, saja-saja. Tapi monyet tak banyak la. Akak aku cakap before this banyak gila. What happen? Tido ke?


Lastly, singgah Pantai Remis. Saja amik angin. Then terus balik Shah Alam sebab kawan dah kecoh suruh balik sebab jeles, hahaha. Lagipun akak aku pun nak rehat. Malam tu pergi makan Pecelele, aku ni bukan tau sangat. Tu pon orang bawak dekat Padang Jawa. Tunggu aku, memang taktau la semua ni, huhu. Yang geram tiba-tiba semua kucing suka sangat dengan aku malam tu and tiba-tiba jugak aku jadi takut dengan kucing, apa kes?? Conclusionnya, semua best. Dalam hidup ni, ada turun naiknya. Tapi kalau boleh hargailah time kita happy sebab kita taktau bila kita akan sedih. So, aku pun dah taknak sakit hati bagai. Sebab tu apa pun yang dia cakap, aku balas okay je. Masing-masing ada masalah sendiri. As a friend, aku kenalah faham :)


Minggu ni dah kena book babysit anak akak aku, huhu. Widad K, tolong jangan nakal ye. And I'm dying to watch Perks of being a Wallflower sebab aku dah baca buku die. Dah la tayang tak lama, huaaaa T.T




November 26, 2012

Things about family

Assalamualaikum


Mood tengah best sekarang sebab baru siap satu report yang mula-mulanya tak reti buat tu. Sebab report semua boleh buat menangis. Aisyah..aisyah.. Screw people, do your own work, don't get attached, don't trust people easily, blablablabla. Whatever it is, enough is enough. I'll take this as a challenge. Hati senang, hidup pun happy sentiasa.

Tu kisah study, kisah lain banyak je jadi. Tapi benda apa lagi yang selalu menggembirakan hati aku selain Famili. The only things that makes my life perfect. Syukur sangat dikurniakan family yang besar and mereka-mereka yang selalu ambil berat tentang diri. Mungkin hidup tak semewah yang lain, tapi cukuplah aku cakap yang aku mewah dengan kasig sayang. Bila hidup ditimpa pelbagai masalah, I started to think about them and everythings seems fine then. Thanks Allah for this opportunity and your blessing by giving me this precious people in my life.

Disebabkan keluarga yang besar, bila berkembang lagi bertambah besar la kan? Baru tak baru sangat, tapi aku dapat sorang lagi akak ipar. The last one la, sebab abang pun ada 3 orang je. Simple but meaningful. Owh, aku skip kelas Isnin tu, haha. Nasib 1 kelas cancel and satu lagi takpe lah :)




Disebabkan aku sampai pagi before abang nikah, makanya semua baju isi rumah aku yang kena iron. itulah kerja aku kalau balik ramai-ramai ni. But I really enjoy it. Kadang-kadang terfikir jugak, macam mana kalau kena masuk family yang kecik. Mau mati kutu. huhu


Berbaju hijau masa pergi rumah pengantin perempuan. Luckily, my brother marry someone yang rumah dekat je, huhu. Nak jugak!! Gambar satu family ada dengan OP dia, so yang ada pun tak banyak sebab semua makan. Balik dah busy rewang. Aku pun tak tau sangat apa rewang tu. hahahaha. Tapi memang selalu kenduri akan masak ramai-ramai. Muhibah katanya. Alah, aku orang kampung, biasa la kan.

Malam tu barulah prepare mana yang tak complete lagi, and once again aku amik tender iron baju. Bertambah-tambah pulak tu. Nasib la yang laki-laki semua pakai t-shirt je sebab nak buat kerja. Kitorang perempuan memang over sikit, hehe. Malam tu semua tidur berterabur dalam rumah, dah tak ketahuan. Nasib la semua jenis tak kisah kan and ada jugak yang tak balik :(


I only smile like this whenever I'm happy and I got to admit that I'm not happy here. Here in Shah Alam, banyak kisah disebaliknya. But no one wouldn't care to know. They just busy with their life. Well, at least I know I belong somewhere, meuhuhu. Hurmm, gotta sleep. Kelas tengahari. Then, off to Manjung. I just love Perak :D



November 24, 2012

pujuk hati


“InsyaAllah,
sampai satu masanya,
kita akan berhenti ‘memaksa’ DIA memberi apa yang kita inginkan. sampai suatu saat nanti,
kita akan mula memohon,
agar Allah bantu kita terima, dengan hati yang redha dan terbuka,
apa yang Allah dah takdirkan.
apa yang Allah dah rencanakan,
dan apa yang Allah dah tentukan buat kita.”
(via tersenyum-melihat-langit)


“Kekurangan orang lain itu,
mungkin menjadi ladang pahala untuk kita.
Supaya kita dapat bersabar dengannya,
Berbuat baik padanya,
Memaafkan dia.
dan 
Menutup aibnya.
~ subhanallah, bila hati kita bersih, tiada orang yang terlihat tidak baik ~”
- stanza cinta - 
(via tersenyum-melihat-langit)


“Terasa ingin menjerit,
Memberitahu pada semua,
Betapa aku sudah terlalu perit,
Hidup dalam muslihat dunia.
Terasa ingin melaung sekuatnya,
Biar dunia tahu apa yang ku rasa,
Betapa aku ingin keluar dari kesempitan yang melanda,
Agar bisa ku kecapi tenang di jiwa.

Terasa ingin memberitahu semua,
Betapa letih sudah aku dengan dunia,
Tetapi ku tahu cukuplah dengan ada Dia,
Untuk aku kongsi segala.

Ingin ku cerita pada semua,
Bahawa aku telah hampir berputus asa,
Betapa kesibukan dunia telah memerangkap jiwa,
Tetapi di sebalik semua,
Masih ada ketenangan yang ku dapatkan dari Dia,
Untuk aku terus bangun dari kecewa.”
 Afdholul Rahman



“All relationships are about investments. We were talking about children — you have to find time to invest in that relationship. Otherwise you won’t have a good relationship.

Now, it’s similar in your relationship with Allah. If you don’t invest time to know Allah, to know his attributes, the Qur’an, the embodiment of the Islamic example in the Prophet s.a.w., whom we are supposed to love, of course — and when we say we love him, it’s not enough to pay lip service. It’s a bit like when we say to someone, we love them but we won’t make any sacrifices for them.

It’s the simple equation of saying: you get what you put in. If you just sort of take it for granted that the relationship is there — it’s like a lot of relationships: it will just fizzle out.”
Myriam Francois-Cerrah


Why do people CHEAT and LIE?It is because they know that it is easier to get FORGIVENESS than PERMISSION.


Faded friendships.
The ones where you gave it your all. The ones you felt that they would be there for you for the whole time. But something happened, or even nothing happened at all. Whatever it was, it caused the friendship to fade. And that friendship turned into acquaintances, and then into strangers.


Trials are not the reason to give up, but a challenge to improve yourself. Difficulties are not an excuse to back out, but an inspiration to move.


I need all this to keep me on hold.

November 14, 2012

yang baru




Mulakan tahun baru dengan semangat baru untuk lebih berjaya dunia akhirat.



November 05, 2012

please leave

never notice
not even recognize
don't even know

but now..

your intelligence really gets my attention
your patience mesmerize me
your looks is just a bonus

but sometimes..

your words was too harsh
your attentions slightly off

but..

you just being you


this is crazy!
i gotta stop it.

October 13, 2012

a day out

Yes I don't have many friends here, but that doesn't mean I am alone. Tapi bukan langsung tak mau berkawan, just dah besar ni macam malas sangat nak attached dengan orang. Kadang-kadang rasa mcam tak sesuai duduk sini pun ye gak. 


My insecurity kills me.


But screw all that, I just need my family to be there when i'm in need and others don't really matter. Of course we needed HIM too. This is compulsory.


Lately rasa macam lain sikit. Semua macam serba tak kena. Asyik nak naik angin je keje. Hati ni dah sampai Kedah. Jasad je kat Shah Alam.


Apa-apa pun, best pergi piknik hari tu. Lagi best kalau Mak Ndak Seha ada, but my moms doesn't like coming here :(


This kids really know how to play. Layan die pun dah boleh hilang masalah yang bersarang kat kepala. Kids really makes you feels better. Die main layang2 dengan abahnya and I was palying with my nephew. Lawak betul, masing2 tak reti main. 


Naik je jatuh, naik je jatuh balik. Last2 fedup. Pergi round main alat senaman. Balik tu layan Adam Hawa and tido. The next day, meeting my friend at ts. Macam biasa kalau dengan dia msti akan sesar sepanjang hari.

Should I call her the lost friend?? 




To Wani and the other, lain kali boleh la join. hehehe :P

September 21, 2012

hanya tulisan menjadi luahan rasa


Assalamualaikum


Kebergantungan kepada manusia selaku mengecewakan. Itu yang pasti. 




“berjanjilah,
walau apa yang berlaku,
kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.
berjanjilah,
walau apa pun yang akan terjadi,
kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.

berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya- DIA “kenapa”..

berjanjilah,
bahawa,
walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
kita masih juga akan tetap percaya,
bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
seperti suatu masa dahulu.

berjanjilah,
bahawa,
walau apa pun yang terjadi,
kita akan sentiasa optimis dan percaya,
bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

berjanjilah,
untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
menpersoal takdir dan bertanya mengapa,
lantas berputus asa.

berjanjilah,
untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.”
- sebuah catatan menzahir rasa -

-semoga Allah melindungi aku dari rasa putus asa

(via tersenyum-melihat-langit)




September 19, 2012

komplikasi dalaman

“That was the thing about best friends. Like sisters and mothers, they could piss you off and make you cry and break your heart, but in the end, when the chips were down, they were there, making you laugh even in your darkest hours.”
“Firefly Lane” by Kristin Hannah


It's so hard to find someone who can accept you the way you are. But it doesn't mean you can't find at all. It takes time to get to know someone so well. You can't just be someone best friend. There this bond that connect you, even when you were apart.

Each level in my life, I found people who really can be my friends. The people who take me for who I am  even though sometimes I'm really annoying to be with. With my upside down feelings, I admit I'm not a good friend. But I can never be good until someone completed me to make me look good. This is hard you know.

That's why I like to be alone. It give me a lot of time to think about me. It's kinda creepy, but that is me. I do it frequently until it become my habit. I'll always reflect what do I do wrong in a relationship; with family, friends and people. However, my uncertainty always make me wants to be with people who love me. By that, it can make me feel like I am needed by them.




“I take much pleasure in being alone
but there is also a strange warm grace in not being alone.”
Charles Bukowski 




September 18, 2012

sadness and happiness is 2 different feelings

Assalamualaikum



Awesome weekend! That's all I can say.

Meeting one of my bestie, the one who I think I went through a lot with. Fight, cry, laugh and all the memories we shared. It's all in the past, but teach me a lot of thing. The struggle and passion in study I shared with. Oh my, how I miss the old days.

Well it just a coincidence that she's on her off day. Most of the time just in the car cause we were lost the whole day.

Sometime I just think how do I get through the hardship before but never feels so down.

Yes, I am in a different level now. But I want that feelings back. The feeling of life; how I enjoy my life and do something that I like. Seems so easy, but how do I know the future to be like this. I'm not blaming my fate, just curious why and why?

I think this is about perception. I must give a good example for people to think that I am just like them. Intelligence is subjective. You can't never claim how good you are until you've done it. Positive thinking helps you to boost your confidence level.




I graduated my diploma with a lot of experiences, friends and fun. It was a very good feeling you know. I hope to be this way again, but more matured and can make a good decision than before. I admit that I was silly back then, didn't think too much, rushing and all the stuff teens always do. But it actually teach me things. You have to get through this to learn something, to gain something. (missing my neighbour, hahaha)



Dear whoever is reading this, I understand how rough things are right now.
I just want to let you know that things will get better, I promise. Keep holding on just a little bit longer. I know you feel like nobody really cares. 
You’re wrong, stop denying it.
I care, otherwise I wouldn't be saying this. 
You’re not alone, we may be miles away but we’re all going through the same things.
Please keep holding on.

(via tersenyum-melihat-langit)



****




I hope to be happy just like the meaning of my name Aisyah. Maybe not today, but one day maybe. InsyaAllah, HE never fail to grant our wish. It just us human always fail to fulfill our duty to HIM. Subhanallah~


p/s; at least I am happy to have what I achieved now. Alhamdulillah




September 15, 2012

our little meeting

Assalamualaikum



Friends?

I just have plenty of it and we're closed. Maybe we didn't meet all the time. But they completed me all in different ways. Each of them.

From the outside maybe I'm quite cold looking urban lady (saje tambah urban, keh3) but I am very easygoing if you get to know me well. What can I say, people judge just from the outside. Never care to explore the story behind it. I can't blame them, we are like that. Including me.

We judge before we got to know the story behind it.


This year, I meet up with couple of my friends. Actually our house quite near to each other, but rarely met.


I planed to visit my teacher house this coming Raya Haji. It's been a long time, the one and only teacher who we can really enjoy becoming who we are around him. The one who send me back home when I've menstrual cramp at school (can believe this).


Umar is the one to introduced us to his rabbits. 3 cage and each has different characteristic, well that's what he told us. But I do like one, her name if not mistaken...arghh I can't remember. I do call her eyeliner, cause she got that thick black line around her eyes. So unique~


And thank god Umar didn't reject to speak with us as we were told by my friend that he kind a choosy one when comes to friend. Ayyoo~


 But I must say, Kari Itik mak Din seriously sedap. Just didn't have a chance nak tambah sebab.....tp semestinya bukan malu.




September 13, 2012

my mind



Life isn't as simple as it seems. It become so hard when your surrounding is not like how you wish it is. You getting hurt because of your expectation; not with life, but with people in your life.


I guess running is not a good escape. Well maybe for once, it helps you too. But you can't forever getting away from your problem. Although you keep thinking how should you run or find a way to keep avoiding it, eventually it will always haunt you back. As time passes, you'll get tired of it.


I've never been so helpless just like how I am now.


Experienced makes  you grow; grow to be a better person, as well as a lesson for you not to be that way again. But I don't realize that I keep repeating my fault. I got to admit, I have a flaw. Plenty of it.

To be a perfect person, I can never make it.

But I hate this society. Even though I'm part of it too.




Yes, I'm not happy!



August 31, 2012

really?


A very short lesson in Psychology;

When a person laughs too much, even on stupid things, that person is sad deep inside
When a person sleeps a lot, that person is lonely
When a person talks less and if he talks fast, that person is keeping a secret
When a person can’t cry, that person is weak
When a person eats in an abnormal way, that person is in tension
When a person cries on little things, that person is softhearted
When someone asks about you although that someone is busy, he/she really loves you





i found this on tumblr, just for fun :)


August 30, 2012

this is how it is now




I thought it was just me who got so emotional, but then someone else noticed it.
Well it seems so far now and I'm tired of trying.
You make it hard man.
I'll get over it long long time ago.



August 27, 2012

raya lagi

Assalamualaikum...


It's been a long time right? Kinda miss my blog, but not in the mood to update it. Raya pun dah berlalu, tapi still tak terlambat nak cakap Happy Eid Mubarak to all. Best raya, tapi banyak macam rush sampai plan tak menjadi. Tapi apa kisah, asalkan raya. Dimeriahkan lagi dengan anak-anak sedare yang semua pun dah besar-besar. Yang kecik molek ada jugak, tapi lain cerita la dengan ynag besar kan.

Tak ke mana pun raya, kawan balik kampung. Well rumah dia yang satu-satunya aku pergi time raya 1st. Gambar family tahun ni tak lawa sebab background macam ape je. Tahun ni la aku tak makan ketupat, waaaa. Tak terasa nak makan, letih. 2nd day pergi beraya rumah tunang abang, minum air kelapa. Tapi tak sempat pergi rumah orang lain dah sebab ada orang nak dtg beraya rumah.

Kembo balik lambat sikit, raya kami berjalan-jalan ke Penang je. Dah anak-anak sedare nak tengok Expandable, sekali kami je yg boleh. Diorang bawah 18, kah3. Lawak betul budak2 bujang 2. Kuar beraya rumah kawan2, tapi xde gambar la. Ada dengan orang lain. Next 2 week dah kena masuk study, huhuhuhu. Nak  duk rumah je, kat Kedah. Best!!




Till then~~




June 29, 2012

Home

Home
is where I can be myself,
enjoy a moment with my love one,
tears and joy,
eat till my stomach full,
most importantly,
there's someone waiting for me to come.




"Home" - Acoustic Cover by Ajek Hassan




June 12, 2012

May 18, 2012

this just so me

Assalamualaikum


Serabut betul dua ke tiga hari ni. Bilik bersepah tak terkemas, bakal mak mentau tengok pon lari *tibe2. Banyak benda nak settle down, tido pon nak cakap tak cukup kadang-kadang rasa terlebih ada la. Satu hal aku boleh pulak masuk mountain bike, dah macam tak betul pulak, adoii la! 


"Nak merungut pun, ini yang Allah bagi. Tapi kalau buat kerja niat sebab DIA insyaAllah hidup berjalan lancar. Mungkin ada masa-masa yang DIA nak duga kita, tapi kena ingat kalau diri tak mampu takkan kita diduga macam tu. Bila kita mintak DIA kuatkan kita, DIA akan bagi ujian untuk kita hadapi sebagai cara untuk kuatkan kita. Setiap yang berlaku ada hikmah, masakan kita tahu jika semuanya DIA telah susun dengan teratur untuk kita dari dulu lagi. Ingatlah yang HE is the best planner of all."


cube bace


Bila aku mula nak merungut, aku akan fikir benda-benda macam kat atas tu. Sometimes lagi panjang aku fikir. Next week ada test before cuti. Aku harap dapat buat dengan elok la, sebab yang first dah hancur. Balik cuti nak siapkan benda-benda untuk kenduri. Harap tak banyak assignment yang dapat. Buka cuti baru boleh fokus untuk study betul-betul. Ye la selagi kenduri tak berlangsung, memang kepala otak ni asyik fikir benda tu la.




Enough with this crappy feelings, bukan apa pagi-pagi tadi dah kena fire kan. So, memang angin beralun-alun je la sepanjang hari, grrr. 


p/s:Aku berubah ke? If i do, please tell me. Kadang-kadang diri sendiri tak sedar. 




May 15, 2012

highland

Assalamualaikum



Lama rasa tak cerita something asyik-asyik luahan hati, macam terlebih emosional. Perlu la emo kan, bukan kita sentiasa happy. Hujung bulan lepas aku mid-term break, nak kata best sangat tu biasa-biasa je. Sebab utama mestilah pasal test before cuti tu, grrr susah babe. Nak kata tak study, memang lagi rajin la dari poli dulu. Kawan dengar macam tak percaya, tapi entah la self-esteem jatuh gila bila mula compare diri dengan orang lain. err dah mula mengarut ni, okay2.

Nak dijadikan cerita first time ever balik naik bas sorang2, bas rosak pulakkk. Menyirap je, tapi Alhamdulillah sebab ada bas yang boleh tumpangkan. Jadi selamatlah sampai SP. Dah habis cuti ingat nak balik hari sabtu je, then one of my nephew yang study sini ajak balik sekali. Tapi dia balik Jumaat, aku pun macam berat hati sangat, tapi at the end balik jugak dengan dia. Yang bestnya aku balik Pandan Indah sebab esok tu ikut my sis pergi jalan2 ke Cameron, hoyeahh!!

Walaupun dengan kawan2 dia, tapi still best and agak sejuk time tu. Maybe sebab hujan sama, saddest part was bukan musim strawberry, grr. Tapi kan, kalau la boleh tinggal situ kan best. Sejuk, dapat sayur yang paling aku suka which is salad yang segar bugar. Ubi manis pun banyak, memang jadi vegetarian la kalau aku warga Cameron Highland. Tanam bunga pun naik cantik, wah3.


Aku beli pokok, but not cactus. Cactus aku bagi akak aku je, tapi tengok tak jaga pun. Aku beli pokok biasa but then satu dah mati, tsktsk. Sedih gila sebab pokok tu my favourite. Conclusion jangan la nak ada favourite sebab yang tu akan kecewakan kita, hehe. Aku harap dapat datang sini dengan kawan2 pulak. InsyaAllah.





May 12, 2012

time change what it should change


I like drinking coffee alone and reading alone. I like riding the bus alone and walking home alone. It gives me time to think and set my mind free. I like eating alone and listening to music alone. But when I see a mother with her child, a girl with her lover, or a friend laughing with their best friend, I realize that even though I like being alone, I don’t fancy being lonely. The sky is beautiful, but the people are sad. I just need someone who won’t run away.



I want my old me. WHY? because I find myself enjoying every second in my life with the people I love. But then I realize, times change what it supposed to be. Life keep chase us to run further and further. If anyone before turn to a new lane, why must I stop and going back after them? I know now why I'm always fall everytime someone leave me. Because I run with them in a hope they will follow me till the end. Such a hopeless hope. 



"Ya Allah Ya 'Alim, hanya engkau yang Maha Mengetahui segala isi hidupku yang telah engkau tetapkan. Tetapkanlah hatiku niatku hanya untukMu Ya Allah. Sesungguhnya hanya padaMu yang mampu ku pinta."




jangan risau


Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…

Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata - kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman - teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman - teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Selamat hari lahir.



April 15, 2012

positive planning




 “Success is the accumulation of daily successes. To achieve lifetime success you have to consistently plan for daily successes.
Knowledge is honor, if you abandon it, it will abandon you. If you take the task seriously, you will be given some of it, from what Allah has decreed for you.
Imaam Ahmad (rahimahullaah)



April 12, 2012

hati

Susah untuk puaskan hati semua pihak,
apatah lagi menjaga hati mereka.
Namun Allah itu Maha Adil,
kerana diri ini juga tak mampu puaskan hati semua pihak
tak dapat pula menjaga hati mereka.

Jadi mengapa harus bermurung,
jikalau diri sendiri tidak mampu melakukan semua itu.

Betul kata orang perihal hati susah untuk dibicara.
Kerana hati mempunyai 1001 rahsia.
Satu ku pinta,
Semoga hati ini sentiasa terbuka menerima ketidaksempurnaan manusia.
Kerna aku juga seperti mereka.

muhasabah diri 

April 09, 2012

step



me? in the middle of everything. that's why i can never be productive each and every day because i always in the middle of nothing at all. got me?  nahh, i don't get me either.

April 08, 2012

Langkawi

Assalamualaikum




Semalam godek-godek folder, terjumpa la gambar masa pergi Langkawi hujung bulan 2 tu. Vacation last minute, tapi takde la truly pergi sebab nak bercuti. Sebab utamanya my sis ada kerja, and alang-alang pergi, die ajak aku and mak sekali. Dia kena visit student yang buat praktikal dekat hotel-hotel sana. Hari sebelum tu pergi visit hotel dekat rumah. Masa otw pergi Jeti Kuala Perlis pun kena singgah hotel-hotel dekat Alor Setar dulu. Taknak la naik feri Kuala Kedah, nanti takut mak tak larat pulak.

Agak kecewa sikit sebab masa sampai jeti betul-betul ferry departure. So kena tunggu dalam sejam setengah. Masa terluang tu diisi dengan makan sebab masing-masing dah lapar. Tunggu kejap feri pun datang. Sampai Kuah tunggu kereta sewa. Lawaknya lain yang disewa, lain yang dapat. Syukur je lah, janji selamat. Kena travel naik kereta pulak untuk check in hotel.


Sepatutnya check in pukul 3, but tak sempat. Pukul 5 baru sampai. Bermalam dekat Four Points, dekat la dengan PULAPOL Langkawi, and nak ke Chenang pon ada je jalan dekat. Mula-mula amik bilik bertentangan, then si Widad Kamilah taknak. So tukar amik connected room. Dapat yang view tak best sgt but okay la, itu pun dapat atas harga my sis. Half price kot. Kalo tak, mampunya nak book sampai dua bilik, huhu.


Aku dengan mak dapat bilik single bed. Ada dua single bed and KakPujah dapat queen pye katil tak silap. Overall puas hati la, hotel pon nampak sangat baru lagi. Petang tu bawak Widad Kamilah mandi kolam. Sambil menikmati sunset, orang pun tak ramai petang tu. Malam pergi makan kedai apa tah yang ada rombongan apa tah. Kami je yang macam penyibuk dekat situ.


Esoknya aku dengan mak decide ikut je KakPujah visit student dari dok dalam bilik sehari. Tapi ikut dia memang duduk dalam kereta je la. Mula-mula pergi Sheraton, then terus ke Langkawi Lagoon. Agak tengahari pergi makan McD. Sambung pergi The Grand Continental and last sekali Holiday Villa. Balik tu singgah beli cendol, laksa, air kelapa bagai. Lazat kot sebab dah lapar balik.


Petang tu saja nak berjalan sikit. Nak cari cokelat yang dipesan and buah tangan untuk diri sendiri *boleh kan. Pergi Underwater World, dah ada budak kan perlu la ke tempat macam tu kasi enjoyy sikit. Dia pun boring kalau dah asyik dok dalam kereta sehari. Tak ramai orang and tak best sangat, just fine orang kata.


Masa aku nampak ikan ni, ingatkan patung hiasan diletak bersama ikan. Agak pelik tapi rupanya ikan betul. Seriously, sangat macam patung. Aku pun tertipu, tapi agak enjoy la menikmati hidupan laut ni. Sebab aku suka tengok ikan yang pelik-pelik. Takkan nak letak gambar semua pulak kan. Satu lagi gamba-gamabr ikan ni tujuan nak tunjuk dekat Firdaus and Farhan. Nak kasi jelous sikit, hehe. Tapi tak berpeluang lagi sebab hari tu balik memang tak ingat langsung.


Masa nak membeli cokelat tu aku dah confuse apa yang patut ambil. Lazat gile kot, tapi sampai sekarang Daim aku ada lagi, hahaha. Banyak sangat sampai jadi muak pulak. Aku pun bukanlah la peminat cokelat tegar, setakat minat-minat gitu je.


Balik tu mandi pool for the last time sebab pool dia sangat kool okayy. Esok checkout, nak stay dekat Chenang pulak. Tapi still kena visit student dekat dua hotel lagi, Tanjung Rhu Resort and Westin Langkawi. First pergi Tanjung Rhu, dekat dengan Four Season tapi ke dalam lagi. Memandangkan nampak sipi-sipi je pantai dia tapi still mesmerize. Imagine la cantik mana pantai die. Balik tu singgah jugak tengok pantai tepi2 tu. Subhanallah memang cantik sangat.


Timing best sebab ada sampan

Lepas makan terus pergi Westin yang memang cun giler tu. Headed straight ke Chenang. check in dekat The Cabin. Sangat cute okay. Sebabnya asal dari cabin and ditambah baik jadi satu bilik yang comel complete with toilet. Cuma mula-mula masuk memang panas sangat. Nama pun kabin kan. Letak barang rehat kejap terus keluar mak nak cari pinggan. Balik tu mandi pantai, aku tak mandi pon, malas. 


The Cabin


Mak enjoy view dari tepi pantai je, sewa kerusi satu untuk dia duduk-duduk sambil makan apa-apa yang ada, haha. Tapi puas hati la jugak walaupun macam rushing je. Aku pun dapat free vacation sebelum masuk study kan. Sebenarnya aku dah malas nak taip, tapi macam apekah banyak gambar pulak. Kena la cite sikit-sikit. 


The end of this month, my girlfriends ajak pergi Langkawi. Bercuti sama-sama. But i'm not sure cause sekarang pakai banyak duit untuk tampung kos hidup. Ayat pasrah sangat, hehe. Ada rezeki insyaAllah aku pergi wokey??




April 06, 2012

up down, we are all the same

top of it, there you see me :)




someone took me here. awesome right?



April 04, 2012

History makes me

I have a history, everybody does. But that's what it make you now.







April 01, 2012

Kalau tegur

Assalamualaikum



Seeloknya, teguran haruslah dibuat secara berhemah dan lembut. Yang ditegur akan rasa dihormati dan akan menerima teguran tersebut dengan hati terbuka. Mungkin kita menjaga hubungan dengan Allah tapi terlupa akan perkara kecil seperti ini masih diambil kira. Cara kita menegur, bercakap, marah semuanya akan menunjukkan peribadi sendiri kepada orang lain. Ye manusia suka terikut dengan perasaan, sebolehnya jagalah walau dalam keadaan terganggu sekali pun. Biarlah kita dipandang kerana akhlak tatacara yang terjaga dan jangan biar orang menghukumi kita kerana perkara kecil ini. Yang baik itu dari DIA, yang buruk datang dari kita sendiri. 




#note to self



March 31, 2012

No one know you better than Allah swt

Assalamualaikum



Allah never throws you deeper you can go. He throws you from such a height He knows yes you may fall, gain a few scratches, and open wounds, but He also knows how much sabr, tolerence and will power you have to stand back up. Yes we all complain, moan and cry saying "why me". But why do we forget this life is a test: Allah is making you, not breaking you. He is by your side, He is your shadow and your guiding light.




Subhanallah how ignorance are we by putting a blame on Him  when something bad happen to us. I forgot where I read this. But to whoever write this, thanks for the words. It always remind me when I'm getting lost from the path.




March 29, 2012

pergi yang tak kembali

Assalamualaikum


2 tahun berlalu. Lelaki yang paling aku sayang dalam hidup pergi meninggalkan aku. Lelaki yang selama ini menjadi pendorong walaupun rasa berat sangat nak tunaikan apa yang dia minta. Lelaki yang sangat penyayang, kelakar cuma bila dengan yang tersayang, pengkritik segala hal tapi mampu buatkan hati ini tersenyum dengan kenangan-kenangan yang dia tinggalkan. Abah you are my only abah, there's no one other than you. Sorry for all the bad things I've done to you. May you rest in peace bersama-sama orang yang beriman. Amin ~

Namun hari ini tiba-tiba dapat berita bapa saudara yang selalu dijadikan panduan keluarga meninggalkan kami secara mengejut. Terdiam bila tahu, dan tarikhnya 2 tahun selepas abah pergi. Walaupun sedih, tapi apakan daya. Allah itu Maha Penyayang. DIA lebih sayangkan insan yang aku sayang. Begitu besar sayang dariNYA berbanding kita hambaNYA ini. Semoa roh kedua-dua lelaki kesayangan keluarga ini dirahmati Allah swt dan dicucuri rahmat ke atasnya. Amin~


AL-FATIHAH





Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?" Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: "Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat

**peringatan buat diri



source:tumblr



March 27, 2012

rapuhnya hati

Hati ni Ya Allah rapuh sangat.
Rapuh dalam segala-galanya.
Rapuh dalam meniti perjalanan hidup.
Rapuh dalam mengawal sifat amarah.
Umpamanya sebuah benteng yang senang runtuh.
Sebab apa?
Sebab benteng yang dibuat itu tidak cukup kukuh untuk menampung satu-satu beban yang menimpa.
Malu sungguh dengan diri.
Malu lagi dengan Allah swt.
Sebab apa malu?
Sebab diri sendiri tidak mampu menahan setiap beban yang ada.

(muhasabah diri)

March 26, 2012

pengubat


Ya Allah, ya Tuhanku. Perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku. Perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah ya Allah kehidupan ini mempunyai nilai tambah bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasan dari segala kejahatan.
 -Hadis Riwayat Muslim