January 30, 2012

This happen

assalamualaikum



Lama tak menaip. Selalu je tekan new post, at the end tutup balik. Mood swing yang macam nak penampar je. I'm still dealing with my 2012 resolution. It's kind of hard you know. Ada la satu dua yang senang buat and Alhamdulillah berjalan lancar. Bulan Januari punya hal dah settle, and aku baru tau bukan senang prosedur nak kahwin. Banyak sangat benda kena buat. Tapi pelan-pelan boleh je settle kan. It's not for me though. My sis, once know as my kembo. Padahal tak pon. Lepas ni takde dah la nak kembo-kembo, orang dah nak kahwin kan. Semoga berjalan lancar lah. Hari tu baru bertunang, InsyaAllah dalam tahun ni jugak ke jinjang pelamin, kepapkepap kebumkebum.


Yang lawak masa hari tu ramai yang ingat aku yang nak bertunang. Sebab muka kami dua macam lebih kurang sama la bak kata orang tua-tua. Tapi kalau tengok betul-betul, takdenya sama pun. For the first time rasa penat sangat sampai tertidur petang tu sambil duduk. Sekali Widad Kamilah masuk suruh bangun. Bertuah punya budak. Nampak sirih junjung tu? Yang boleh buat jadi macam tu sebab daun sirih banyak sangat, nak buang rugi pulak sebab daun elok-elok. So, kena habiskan jugak sebesen kecik tu.


Hujung tahun lepas aku pergi Penang. Tujuannya pergi kenduri, tapi dah alang-alang ke sana pergi la jalan-jalan. Yang tak boleh terima tu aku jumpa budak kelas aku masa dekat poli dulu. Well, aku bukan jenis bercakap sangat dalam kelas so dia tak perasan kot. Malas nak tegur, laki pulak. Pikir balik maybe dia tinggal dekat situ jugak. Balik dari kenduri tu yang pergi ronda ikut jalan Balik Pulau. Dah la tengah pening kepala, naik jalan tu yang memang bengkang bengkok. Nak muntah rasa. Tapi air terjun kat atas ni memang terbaik la, air dia tengok dari dalam kereta pun nampak jernih. Atas bukit la pulak kan, yang aku heran kan ada dusun kat bawah tu, tak takut ke diorang turun dengan kereta? Memang la ada jalan, tapi curam gila kot. Kalau bagi aku naik 4WD pon aku akan fikir banyak kali.



Half of Penang view


Mula-mula singgah sini, aku taktau la nama apa. Rasanya ni Balik Pulau, aku pun tak sure sebab dah lama pindah dari Penang. Sekadar pengunjung je sekali sekala. Untuk yang nak tenangkan fikiran boleh la, orang pun tak ramai. Dalam 30 minit jugak dok sini. Lepas tu gerak pergi Taman Rama-rama. Sebab ada budak-budak tu, kena la bawak. Ikut aku, nak je ajak pergi dam and amik gambar. Best kot, just panas and tak boleh masuk, damn! haha


Memandangkan hari tu Krismas, agak ramai orang. Ramai tak ramai masuk gak, tourist pon ramai. Banyak perubahan compared dari last time aku pergi dulu. Okay la, takde la rasa macam rugi even pergi kalo ke dua. Gift shop dia pon dah bertambah barang, tapi mahal babe. Ada yang murah cuma mata berkenan dengan yang mahal, haaa. Anak sedare aku beli dompet mengkuang, lawa tapi sebab aku baru beli purse malas nak beli dah. Owh, anak sedare aku yang dok Penang tu ikut. Saja la, adik-adik dia tak boleh la sebab kereta full. Abang ipar aku kerja, kalau tak boleh dah jalan-jalan sekali.


Selalu je aku sembang dengan budak ni, merangkumi perhubungan la selalunya, haha. And selalu jugak aku cakap nak keluar dengan dia, tapi disebabkan aku malas nak pergi Penang sorang-sorang, memang tak pernah la kami keluar. Itulah kisahnya. Dah habis pusing-pusing taman ni, dalam sejam jugak abang aku ajak singgah Batu Feringghi. Tapi aku naik kereta dengan kembo, dia siap cakap kalau diorang taknak singgah kita je berhenti singgah. Dah siap naik kereta Firdaus boleh pulak menangis sebab nak amik gambar dengan patung dekat taman tu. Adik die gelak je, adoii.


Kat Feringghi silap tak berhenti dekat pantai yang orang selalu pergi tu. Kami pergi berhenti dekat depan sikit, yang susahnya sebab takde tempat nak turun, tinggi betul. Dah la dengan mak, ibu and Kak Awin yang tengah pregnant tu. Last sekali diorang tunggu dekat atas je. Sebab kami main air pun tak lama, masa pun dah dekat pukul 7. Yang lawak Farhan boleh jatuh dalam air, nasib la tak masuk terus. Ni cerita tahun lepas la, haha. Sampai sini je la. -end



January 09, 2012

Books and me

assalamulaikum



from tumblr


Hari-hari duduk rumah terasa jugak otak macam dah beku. Semua yang dah belajar dulu mula hilang, macam dah lost dalam otak sendiri. Lepas tu mula la rasa rendah diri, rasa losernya kenapa lah lembap sangat. Kira semua benda yang negatif datang. Konon nak motivate diri sendiri, mula tanam azam nak banyak tengok berita, banyak membaca, tapi semua tu azam je la. Aku suka membaca, tapi suka jugak nak skip bila tengah baca tu. Macam mana nak isi ilmu?



Other thing is, bahan bacaan sama. Aku suka baca fakta, kajian or true story. Tapi nak cari yang betul-betul kena dengan taste tu susah sangat. So tadi saje keluar pergi farmasi jap, then pergi kedai buku. Belek punya belek, aku jumpa Reader's Digest. Aku fikir la, kenapa la selama ni aku lupa dengan buku ni. Dah lama sangat tak baca. Aku ingat lagi dulu awah abah selalu beli. Lepas dia stop beli, aku pun dah tak baca. Teruk kan. Kena orang sua, baru nak ambik.



Nak beli buku, mahal sangat. Well untuk orang macam aku yang hanya dapat duit poket memang la tak cukup. Lain la kalau aku bergaji, dah lama aku cari buku yang aku nak baca. Penuh dalam list, tapi harga dia tu aku tak mampu lagi. Selalunya aku baca blog, takpun ada la parts dari buku-buku dekat tumblr. At least baca jugak kan. Most of the times, aku baca quotes je, sebab simple and pendek. Tak payah la aku beli majalah bukan-bukan dah lepas ni, good job aisyah!



Tahun ni for the first time aku buat wishlist. Aku fikir jugak nak buat ke tak, end up buat jugak. Just a simple one. Aku rase semua benda yang senang je, tapi kena tengok keazaman diri jugak. Setakat tulis nak buat apa memang boleh, tapi nak fulfill tu depends dengan diri sendiri jugak. Ada 10 tapi ada jugak yang akan aku bawak tahun depan. Kalau dapat penuhi semua Alhamdulillah, kalau tak cuba lagi. Ye dak?



There's nothing wrong with a reading a book you love over and over. When you do, the words get inside you, become a part of you ia a way that words in a book you've read only once can't. 
-Gail Carron Levine-



Well, I think this is true. Bukti yang kukuh, aku la. Disebabkan tak mampu nak beli buku selalu, aku akan baca buku yang sama banyak kali. Selalunya masa boring, sampai kadang-kadang dah tau apa yang jadi dalam bab tu. Dialog dalam untuk watak tu apa, tambah-tambah kalau part yang aku suka lagi aku ingat. Time sekolah dulu ada la aku dapat hadiah dari teacher, satu buku. Mula-mula tak nak baca, dah lama tu aku try baca best pulak, terus kalau pergi kedai buku cari buku penulis tu dulu. Tapi tengok je la sebab lari bajet, so beli yang murah je.


Apa-apa pun, tahun ni banyak benda yang akan berlaku dalam family aku. Harap semua akan berjalan dengan lancarnya. Amin~




p/s: Happy bila tengok kawan sendiri berjaya. Just kecewa dengan diri yang tak mampu dapat macam orang lain. Usaha lagi!



January 01, 2012

The past and present. Hi 2012

assalamualaikum





2011 bagi aku bukanlah tahun yang senang. Dalam tahun ni banyak benda yang jadi, tak macam tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni mungkin nasib tak menyebelahi aku, semua benda yang aku buat banyak yang tak jadi. Gagal dah jadi satu perkataan yang aku biasa dengar. Malu bukan kepalang bila  kena marah depan orang ramai, tapi satu yang aku belajar dari situ. 

Kawan. Sungguh aku syukur ada kawan-kawan yang sokong dari belakang, saling sedapkan hati masing-masing. Kawan yang rasa sakitnya bila susah. Kawan yang tiap kali jadi tempat luah perasaan. Kawan yang terima buruk baiknya diri ini. Bukanlah aku tak punya keluarga, tapi hal-hal macam ni lebih baik tak bebankan diorang kan. Satu benda lagi sebenarnya, aku hilang insan yang selama ini nak tengok berjayanya anak dia. Dulu aku selalu anggap semua yang dia nak sebagai beban. Kenapa aku tak orang lain. Bila hilang baru lah aku tau, sebenarnya itulah dorongan aku selama ni. Kenapa lah aku tak sedar dari dulu kan?

Tapi semua tu dah lepas, dah tak boleh nak putar balik pun. Bagi aku masa belajar bukan saja aku dapat ilmu yang aku nak tapi dapat pengalaman hidup jugak. Kenal macam-macam orang. Tapi tak semuanya pengalaman sedih, ada je yang bahagia gembira. Biarlah aku tutup buku 2011 dengan semua pengajaran yang berguna dan buka buku baru. Tapi tak salah kalau nak buka balik, bukan untuk dikesal tapi untuk dijadikan panduan.





"And once the storm is over, you won't remember how you made it through, how you managed to survive. You won't even be sure, in fact whether the storm is really over. But one thing is certain, when you come out of storm you won't be the same person who walked in. That's what this storm is all about."
-Haruki Murakami (Kafka On The Shore)-





p/s: Have a nice day for your new day :)