February 09, 2012

Good thing always come

assalamualaikum



Banyak benda yang aku fikir sekarang. Kusut je setiap masa, padahal benda takde lah susah mana pun. Semua sama, tapi perasaan takut dalam diri yang kusutkan fikiran. Bisikan syaitan, siapa tak pernah tergoda? Aku pun sama, itu yang selalu nak naik angin dengan orang. Fikir-fikir balik, orang tak lah buat salah apa pun. Nasib baik cepat nak sedar diri, baru istighfar banyak-banyak. Siapa lah yang tak ada masalah dalam hidup? Semua orang sama ja, masing-masing ada masalah sendiri. Bila fikir masalah kita teruk, ada lagi yang lagi teruk. Bersyukur je dengan diri sendiri sebab Allah takkan bagi kita ujian kalau Dia tau kita tak mampu. Jadi bila ada masalah menimpa, pesan dekat diri yang Allah sayang kita. Hanya pujukan ni mampu sejukkan diri dan teruskan hidup macam biasa.


"Percaya pada Allah itu jangan dibiarkan hilang, walau kita jatuh berapa kali pun, naiklah semual sebagai tanda kita percaya kepada-NYA"
-Hilal Asyraf-


Baru-baru ni family aku bertambah lagi dua. Sorang laki, sorang perempuan. Abang aku masing-masing dapat baby baru. Selamat datang wahai baby sayang. Just ada gambar baby girl je, yang baby boy takde.


Kononnya awal bulan tiga ni aku nak pergi bercuti dengan kawan baik aku. Tapi di atas kesulitan tertentu aku tak boleh nak join. So, cuti Maulidur Rasul baru ni kawan aku dari KL datang Kulim. Kami kumpul dekat rumah Una, just unfortunately Mimi tak boleh nak join sekali sebab kerja. It's okay, next time still ada cuma taktau bila. Jumpa pon sekadar bercerita je la, aku dengan Dian. Sebab tak boleh tido, lepas tu kecoh la mengantuk.


Thanks for that day friends, late night talks, jokes, stories and more. InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi.


p/s: Taktau la boleh adapt dengan tempat baru or tak. pray for me



February 02, 2012

Tulisan

menulis bukan mengharap penghargaan.
menulis bukan kerana 'like' atau pujian.
menulis datang dari hati,
untuk dikongsi,
menzahir rasa,
meluah kecewa.
tulisan adalah sebuah bahasa bisu.
yang kadang kala boleh disalah erti.


-tersenyum-melihat-pelangi-