March 31, 2012

No one know you better than Allah swt

Assalamualaikum



Allah never throws you deeper you can go. He throws you from such a height He knows yes you may fall, gain a few scratches, and open wounds, but He also knows how much sabr, tolerence and will power you have to stand back up. Yes we all complain, moan and cry saying "why me". But why do we forget this life is a test: Allah is making you, not breaking you. He is by your side, He is your shadow and your guiding light.




Subhanallah how ignorance are we by putting a blame on Him  when something bad happen to us. I forgot where I read this. But to whoever write this, thanks for the words. It always remind me when I'm getting lost from the path.




March 29, 2012

pergi yang tak kembali

Assalamualaikum


2 tahun berlalu. Lelaki yang paling aku sayang dalam hidup pergi meninggalkan aku. Lelaki yang selama ini menjadi pendorong walaupun rasa berat sangat nak tunaikan apa yang dia minta. Lelaki yang sangat penyayang, kelakar cuma bila dengan yang tersayang, pengkritik segala hal tapi mampu buatkan hati ini tersenyum dengan kenangan-kenangan yang dia tinggalkan. Abah you are my only abah, there's no one other than you. Sorry for all the bad things I've done to you. May you rest in peace bersama-sama orang yang beriman. Amin ~

Namun hari ini tiba-tiba dapat berita bapa saudara yang selalu dijadikan panduan keluarga meninggalkan kami secara mengejut. Terdiam bila tahu, dan tarikhnya 2 tahun selepas abah pergi. Walaupun sedih, tapi apakan daya. Allah itu Maha Penyayang. DIA lebih sayangkan insan yang aku sayang. Begitu besar sayang dariNYA berbanding kita hambaNYA ini. Semoa roh kedua-dua lelaki kesayangan keluarga ini dirahmati Allah swt dan dicucuri rahmat ke atasnya. Amin~


AL-FATIHAH





Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?" Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: "Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat

**peringatan buat diri



source:tumblr



March 27, 2012

rapuhnya hati

Hati ni Ya Allah rapuh sangat.
Rapuh dalam segala-galanya.
Rapuh dalam meniti perjalanan hidup.
Rapuh dalam mengawal sifat amarah.
Umpamanya sebuah benteng yang senang runtuh.
Sebab apa?
Sebab benteng yang dibuat itu tidak cukup kukuh untuk menampung satu-satu beban yang menimpa.
Malu sungguh dengan diri.
Malu lagi dengan Allah swt.
Sebab apa malu?
Sebab diri sendiri tidak mampu menahan setiap beban yang ada.

(muhasabah diri)

March 26, 2012

pengubat


Ya Allah, ya Tuhanku. Perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku. Perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah ya Allah kehidupan ini mempunyai nilai tambah bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasan dari segala kejahatan.
 -Hadis Riwayat Muslim







March 20, 2012

*note to self

Assalamualaikum



apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang Allah takdirkan untuk kita.

apa yang kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.

peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
orang lain mungkin tak akan pernah tahu.

namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,
tapi, "rasa" itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.

biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain

redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita tidak seperti orang lain.

siapa tahu,
perbezaan itulah yang membuat kita "istimewa".
pelik dipandangan manusia,
namun istimewa pada nilaian Tuhan.

-tersenyum-melihat-pelangi-




Fitrah manusia selalu mempersoalkan setiap kejadian yang ditentukan untuknya, tak terkecuali aku. Kadang-kadang kita jadi lalai dan terlalu mengikut perasaan kalau perkara yang menimpa seolah-olah berat untuk ditanggung. Ilmu yang cetek dan keimanan yang tipis membuatkan kita alpa akan hikmah dan manisnya setiap hal yang telah ditentukan. Bersusah lah dahulu, manisnya sangat terasa di penghujung nanti. 


Kata-kata ini selalu saja disebut dan diingati setiap kali aku diuji dengan kepayahan dunia. Ya, aku mengaku umpamanya aku tak bersyukur dengan pemberian Illahi. Sesungguhnya, aku hanya manusia biasa. Hati ini akan selalu saja menjadi rapuh. Dalam keadaan memerlukan, barulah berusaha memohon petunjuk dariNYA. Ingat, setiap manusia telah ditulis jalan hidupnya. Namun sebolehnya berusahalah semoga ia menjadi baik tanpa mengaharapkan nasib semata.


Dengan usaha,
kita sentiasa melangkah ke arah kejayaan.
Tetapi tanpa usaha,
kejayaan hanyalah angan-angan.



namun harus diingat


tiadalah satu-satu usaha itu menjadi sia-sia,
jika ianya dilaksanakan kerana Allah Ta'ala



Kesimpulannya, setiap benda harus dibuat dengan usaha dan usaha tersebut haruslah keranaNYA tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Setelah puas berusaha barulah boleh tawakal. 



p/s: Hidup baru mungkin susah, selagi mampu ditanggung, tanggung saja :)




March 09, 2012

March 06, 2012

gelora jiwa

Assalamualaikum



sungguh,
kita mungkin berhak memohon dan mengharapkan yang terbaik.
namun,
jujur,
sungguh,
rasanya sangat tidak berhak mempersoal-NYA
"ya-Allah",
benarkah ini yang terbaik?

Astaghfirullahalazim~


March 04, 2012

Trust yourself

assalamualaikum


Permulaan baru memang nampak susah. Umpama orang yang dah pandai berjalan perlu diajar berjalan semula. Ya, semua benda akan nampak susah di awal permulaan. Namun, bila kita mula mendapat rentak perjalanan tersebut semua akan menjadi mudah. Percaya diri akan sesuatu yang baru mungkin nampak mustahil dilakukan,   bila percaya akan adanya Allah di sisi, insyaAllah semua akan menjadi mudah dengan kehendakNYA. Nawaitu dalam setiap perkara yang kita lakukan itu yang penting.




Rasa susah datang dari sifat kita yang penakut. Bila takut nak cuba benda baru, hidup baru itulah yang menyebabkan kita susah nak menjalani hidup baru. Perasaan takut yang bersarang akan menyekat segala peluang yang ada di depan mata. Macam aku sekarang, rasa terkapai-kapai mencari gaya hidup baru. Rasa sesak dekat dada sebab takut jumpa orang baru. Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya. Amin~