April 15, 2012

positive planning




 “Success is the accumulation of daily successes. To achieve lifetime success you have to consistently plan for daily successes.
Knowledge is honor, if you abandon it, it will abandon you. If you take the task seriously, you will be given some of it, from what Allah has decreed for you.
Imaam Ahmad (rahimahullaah)



April 12, 2012

hati

Susah untuk puaskan hati semua pihak,
apatah lagi menjaga hati mereka.
Namun Allah itu Maha Adil,
kerana diri ini juga tak mampu puaskan hati semua pihak
tak dapat pula menjaga hati mereka.

Jadi mengapa harus bermurung,
jikalau diri sendiri tidak mampu melakukan semua itu.

Betul kata orang perihal hati susah untuk dibicara.
Kerana hati mempunyai 1001 rahsia.
Satu ku pinta,
Semoga hati ini sentiasa terbuka menerima ketidaksempurnaan manusia.
Kerna aku juga seperti mereka.

muhasabah diri 

April 09, 2012

step



me? in the middle of everything. that's why i can never be productive each and every day because i always in the middle of nothing at all. got me?  nahh, i don't get me either.

April 08, 2012

Langkawi

Assalamualaikum




Semalam godek-godek folder, terjumpa la gambar masa pergi Langkawi hujung bulan 2 tu. Vacation last minute, tapi takde la truly pergi sebab nak bercuti. Sebab utamanya my sis ada kerja, and alang-alang pergi, die ajak aku and mak sekali. Dia kena visit student yang buat praktikal dekat hotel-hotel sana. Hari sebelum tu pergi visit hotel dekat rumah. Masa otw pergi Jeti Kuala Perlis pun kena singgah hotel-hotel dekat Alor Setar dulu. Taknak la naik feri Kuala Kedah, nanti takut mak tak larat pulak.

Agak kecewa sikit sebab masa sampai jeti betul-betul ferry departure. So kena tunggu dalam sejam setengah. Masa terluang tu diisi dengan makan sebab masing-masing dah lapar. Tunggu kejap feri pun datang. Sampai Kuah tunggu kereta sewa. Lawaknya lain yang disewa, lain yang dapat. Syukur je lah, janji selamat. Kena travel naik kereta pulak untuk check in hotel.


Sepatutnya check in pukul 3, but tak sempat. Pukul 5 baru sampai. Bermalam dekat Four Points, dekat la dengan PULAPOL Langkawi, and nak ke Chenang pon ada je jalan dekat. Mula-mula amik bilik bertentangan, then si Widad Kamilah taknak. So tukar amik connected room. Dapat yang view tak best sgt but okay la, itu pun dapat atas harga my sis. Half price kot. Kalo tak, mampunya nak book sampai dua bilik, huhu.


Aku dengan mak dapat bilik single bed. Ada dua single bed and KakPujah dapat queen pye katil tak silap. Overall puas hati la, hotel pon nampak sangat baru lagi. Petang tu bawak Widad Kamilah mandi kolam. Sambil menikmati sunset, orang pun tak ramai petang tu. Malam pergi makan kedai apa tah yang ada rombongan apa tah. Kami je yang macam penyibuk dekat situ.


Esoknya aku dengan mak decide ikut je KakPujah visit student dari dok dalam bilik sehari. Tapi ikut dia memang duduk dalam kereta je la. Mula-mula pergi Sheraton, then terus ke Langkawi Lagoon. Agak tengahari pergi makan McD. Sambung pergi The Grand Continental and last sekali Holiday Villa. Balik tu singgah beli cendol, laksa, air kelapa bagai. Lazat kot sebab dah lapar balik.


Petang tu saja nak berjalan sikit. Nak cari cokelat yang dipesan and buah tangan untuk diri sendiri *boleh kan. Pergi Underwater World, dah ada budak kan perlu la ke tempat macam tu kasi enjoyy sikit. Dia pun boring kalau dah asyik dok dalam kereta sehari. Tak ramai orang and tak best sangat, just fine orang kata.


Masa aku nampak ikan ni, ingatkan patung hiasan diletak bersama ikan. Agak pelik tapi rupanya ikan betul. Seriously, sangat macam patung. Aku pun tertipu, tapi agak enjoy la menikmati hidupan laut ni. Sebab aku suka tengok ikan yang pelik-pelik. Takkan nak letak gambar semua pulak kan. Satu lagi gamba-gamabr ikan ni tujuan nak tunjuk dekat Firdaus and Farhan. Nak kasi jelous sikit, hehe. Tapi tak berpeluang lagi sebab hari tu balik memang tak ingat langsung.


Masa nak membeli cokelat tu aku dah confuse apa yang patut ambil. Lazat gile kot, tapi sampai sekarang Daim aku ada lagi, hahaha. Banyak sangat sampai jadi muak pulak. Aku pun bukanlah la peminat cokelat tegar, setakat minat-minat gitu je.


Balik tu mandi pool for the last time sebab pool dia sangat kool okayy. Esok checkout, nak stay dekat Chenang pulak. Tapi still kena visit student dekat dua hotel lagi, Tanjung Rhu Resort and Westin Langkawi. First pergi Tanjung Rhu, dekat dengan Four Season tapi ke dalam lagi. Memandangkan nampak sipi-sipi je pantai dia tapi still mesmerize. Imagine la cantik mana pantai die. Balik tu singgah jugak tengok pantai tepi2 tu. Subhanallah memang cantik sangat.


Timing best sebab ada sampan

Lepas makan terus pergi Westin yang memang cun giler tu. Headed straight ke Chenang. check in dekat The Cabin. Sangat cute okay. Sebabnya asal dari cabin and ditambah baik jadi satu bilik yang comel complete with toilet. Cuma mula-mula masuk memang panas sangat. Nama pun kabin kan. Letak barang rehat kejap terus keluar mak nak cari pinggan. Balik tu mandi pantai, aku tak mandi pon, malas. 


The Cabin


Mak enjoy view dari tepi pantai je, sewa kerusi satu untuk dia duduk-duduk sambil makan apa-apa yang ada, haha. Tapi puas hati la jugak walaupun macam rushing je. Aku pun dapat free vacation sebelum masuk study kan. Sebenarnya aku dah malas nak taip, tapi macam apekah banyak gambar pulak. Kena la cite sikit-sikit. 


The end of this month, my girlfriends ajak pergi Langkawi. Bercuti sama-sama. But i'm not sure cause sekarang pakai banyak duit untuk tampung kos hidup. Ayat pasrah sangat, hehe. Ada rezeki insyaAllah aku pergi wokey??




April 06, 2012

up down, we are all the same

top of it, there you see me :)




someone took me here. awesome right?



April 04, 2012

History makes me

I have a history, everybody does. But that's what it make you now.







April 01, 2012

Kalau tegur

Assalamualaikum



Seeloknya, teguran haruslah dibuat secara berhemah dan lembut. Yang ditegur akan rasa dihormati dan akan menerima teguran tersebut dengan hati terbuka. Mungkin kita menjaga hubungan dengan Allah tapi terlupa akan perkara kecil seperti ini masih diambil kira. Cara kita menegur, bercakap, marah semuanya akan menunjukkan peribadi sendiri kepada orang lain. Ye manusia suka terikut dengan perasaan, sebolehnya jagalah walau dalam keadaan terganggu sekali pun. Biarlah kita dipandang kerana akhlak tatacara yang terjaga dan jangan biar orang menghukumi kita kerana perkara kecil ini. Yang baik itu dari DIA, yang buruk datang dari kita sendiri. 




#note to self