December 29, 2012

berhenti


“berhentilah peduli,
maka kau akan jauh dari luka.”


“berhentilah mengambil tahu,
maka kau akan jauh dari kecewa”


itulah kata mereka,
dan juga bisik hati yang pernah dilukai.


jujur,
berhenti peduli, dan berpura-pura tak mengambil tahu itu,
benteng dari luka dan kecewa 
atau hanya membuat hati bertambah luka?


kerana kita sedang berpura-pura,
memaksa diri dan membohongi hati,
bahawa sejujurnya,
masih ada khabar yang ingin kita dengari?


ketakutan terkadang membuat kita menjauh,
sedang rasa ingin tahu membuat kita menderita.


maka, pilihlah yang terbaik. ;’)

"
pilihlah, apa yang terbaik, buat dirimu.
mengikut kesesuaian keadaanmu.  





December 20, 2012

wajah

"Allah Ta'ala tidak mencipta wajah aku persis Ummi dan Ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak Ummi dan Ayah. Lalu tidak kira ke mana aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa Ummi dan Ayah bersama.

Dan apabila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu bapa, kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada, dan Allah tahu kita rindu; kita perlu lihat wajah mereka."

-tak tau dari buku apa



Rindu. Aku cepat rindukan seseorang. Tapi sekarang setiap malam aku rindukan lelaki yang dah pergi tinggalkan aku. Sangat. Rindu. Abah. Susah rasanya nak tahan perasaan rindu ni. Tapi aku percaya, ketentuan Allah itu lagi terbaik. Hanya gambar menjadi peneman. Sebab tu tak berani buka folder Family. Sebab takut rindu. Wajah yang dah lama pergi, tapi masih kuat dalam memori. Masa berlalu terlalu pantas. Entah apa yang aku dapat, hmmm.


As time goes by, aku sendiri dah makin meningkat usia. Tersedar bila buka balik gambar lama, memang ketara sangat. Sekarang bila tengok mesti rasa "apesal la aku macam tu dulu?". Lawak. Tapi itu la kita manusia. Usia mematangkan kita. Tapi kadang-kadang kematangan tak boleh diukur dengan usia. Pengalaman yang dilalui yang menyebabkan diri berubah. Then terjumpa gambar anak sedara. Fikir balik, kejap je dah besar, hmmm. 


Abang adik dah besar and maksu pun dah tua.



hati oh hati

Allah tu Maha Kuasa kan?
Aku mintak ikhlaskan hati dengan semua ketentuan yang DIA berikan,
DIA jatuhkan aku dugaan.
Satu cara mahu menguji "ikhlaskah lagi aku?"

Nampaknya aku masih belum ikhlas
Subhanallah,
Hina diri terasa.

Kadang-kadang payah terasa nak pujuk diri
Terlupa yang Allah sentiasa di sisi.
Kadang takut diuji,
Takut tiada jati diri tersimpan di hati.


Allah is the best planner Aisyah. Ingat tu. Dia tak letak kalau tak mampu.



December 18, 2012

things happened

Have you ever met someone that surprised you? Like you meet this person and at first you hardly pay attention to them. You may not even really be attracted to this person, but as you get to know them, you notice yourself falling for them. This person that was once average to you has quickly become the greatest, most beautiful person in the world and perhaps even the most important. It's just funny looking back. You never saw something like this coming, it kind of just...happened.



December 08, 2012

aku




“Aku dan masa silamku,
adalah RAHSIA antara aku dengan Tuhanku.
yang selalu menjadi sebutan
di setiap doa dan sujudku.
dan biar Tuhan menjadi saksi
Tangisan dan sesalanku dalam sembunyi.

Aku dan rasa cinta pada adam itu,
adalah RAHSIA antara aku dengan Tuhanku,
yang selalu menjadi sebutan
di setiap doa dan sujudku.
dan hanya Tuhan menjadi saksi,
Tangisan dan cintaku dalam sembunyi.”
(via penulisbuta)