December 29, 2013

2013

Assalamualaikum...


What can I say, my 2013 was such a bless. I meet new people.

The people who change me inside out.
The people who take me inside out.
The people who cares for me inside out.

Also the people who left me inside out....





Yeap, that hurts actually.




November 19, 2013

kau

Untuk yang terakhirnya
Masa kita sudah tiba
Terima kasih dengan semua yang kau curah
Aku terima walau tahu tiada hak yang utama.

Kau--

Hebat ketukan yang kau bunyikan di jiwa
Sehingga bergema seluruh semesta


Jiwa--

Aku punya jiwa
yang kau koyak rabakkan akhirnya
Hanya untuk buktikan kau punya kuasa--

Kuasa menakluk hati aku yang
ampuhnya hanya aku yang jaga

Patah jua dek kerana kau si durjana.


risau bagi mereka

Semua tanyakan aku tentang cinta
Risau kata mereka

Tapi...

Hati aku kata tak apa
Rela berlara
dari jiwa terluka.

Mudah bagi mereka.
Susah dibicara.
Kerna hati ini sering buta
terima cinta yang kononnya ada.

Ahhh...

Dari jiwa dinoda
Aku rela sengsara.

Bukan apa
Aku penat meminta
Penat untuk dikecewa
Untuk yang ke sejuta kalinya.

November 13, 2013

padam

Assalamualaikum



Sejak dua menjak ni aku rasa susah sangat nak move on. Perasaan yang bila nak move on, proses loading tu lambat sangat before aku boleh ke step untuk move on.

Aku fikir banyak kali, kenapa?


Aku salahkan orang lain disebabkan keadaan aku yang tak boleh bergerak. Umpama tangan yang diikat. Kena hadap benda yang aku dah taknak ambil tahu.


Tadi yang paling buat aku rasa aku dah buang masa sangat.
Sangat-sangat buang masa.

Aku check balik, niat aku ni ikhlas ke tak?


Aku taknak masalah ni buat masalah untuk orang lain. Aku nak dua dua pihak dapat keuntungan sendiri.

Jadi lepas je aku bangun dari power nap tadi, aku dapat satu idea.


PADAM--


Aku patut padam/delete semua history dengan cache, cookies segala bagai yang melembapkan proses kerja aku.

Yee, ni saja cara.

Aku tak payah merungut dan bersungut.

Niat aku memang nak lupa dan move forward untuk teruskan hidup dan kerja aku dengan lebih lancar dan sempurna.



"pada titik ini aku tidak ada apa lagi
mahu katakan
semoga diam dan tangis dalam hati
mampu sembuhkan"

-seksi ovari-



September 11, 2013

percaya





terima kasih

Kalau nak cakap tentang hati, sampai bila pun tak habis. Selagi boleh hadap, hadap jelah. Kadang kita ditakdirkan hadir hanya untuk melengkapkan jalan hidup seseorang yang mana Allah tentukan. Terima dan redha.


Hati---

Cukuplah. Aku dah penat. Mungkin sampai sini saja. Banyak lagi aku boleh fikir dan syukurkan.


Mungkin ada masa Tuhan buat kita jatuh cinta
bukan untuk sampai ke penghujungnya
tapi untuk menimba pengalamannya. -WA


Bukan semua boleh kita dapat. Tuhan Maha Adil. Takkan dibiar hambanya keseorangan. Kerana rindunya, Dia hadirkan dugaan dan ujian. Kerana Dia rindu, dihilangkan seseorang yang kita agungkan selainnya. Punca semuanya datang dari diri sendiri.


Banyak yang aku fikir bila umur menginjak ke satu tahap yang perlu aku fikirkan. Cuma, aku tak nampak. Aku buta. Aku kabur.


bohongi aku tentang kau yang sudah berpunya
bohongi aku tentang kau yang sedang menukangi cinta
dengan
kekasih lama
bohongi aku tentang senyummu serta bicara bicara kita
yang 
cuma pura pura

aku membutuhi semua bohong bohongmu
lalu akan percaya satu persatu untuk tidak lagi mengingatimu

kerana aku sedang membohongimu tentang menyukai dia yng sebenarnya adalah
kamu... -MB




Terima kasih kerana tidak membohongi aku. Terima kasih kerana menjawab semua. Semoga kau berbahagia hendaknya dengan si dia yang sebenarnya telah lama bertakhta di hatimu. Terima kasih juga membiarkan aku menumpangi kasihmu, walau seketika. 


September 09, 2013

esok

start sem baru, hidup baru, kawan baru, semua baru.


jangan jadi baru aa sudah.


September 06, 2013

tik tok

Masa berdetik semakin laju
Tak sanggup rasa apa yang berlaku
Tapi ini hala tujuku
Semoga tabah dalam liku--



Rasa nak nangis fikir kena balik Shah Alam. Aisyah, why can't you be more positive bout yourself? Drama hidup aku dah nak mula tak lama lagi. Time tu banyak sikit cerita nak ditulis selain dari luahan perasaan yang entah apa apa ni.


Silap---

I screwed like thousand of times. Bila buat silap, aku jatuh. Nak bangun susah. Satu yang aku pegang. Jangan harap manusia lain untuk bangun sama kita. Bodoh! Sebab semua datang dari diri sendiri. You should take responsible of what you doing to yourself. You screwed, you fix. None can help you with that. They only can help you get through it. Itupun kalau diorang nak. Cukup.



September 04, 2013

sekian lama

Assalamualaikum


How to put into a words?



Hentam je lah kan. Kalau tak sedih, mesti taktau nak menulis apa. Heran betul. Cuti dah sampai ke penghujungnya tapi hati nangis nangis nak cuti lagi. Badan taknak gerak sebab tak sanggup tinggalkan kampung halaman lagi. Mentally and physically not ready. Betul tah eja. Erkk!!

Kalaulah tempat belajar dekat utara jugak~~~


Kalau---


Nama pun kalau. Kalau oh kalau. Bahagia rasa hidup. Frust ja, pergi makan nasi kandaq takpun laksa takpun apa apa yang kena taste utagha ni, meoww~ Kawan yang rapat pun ada kat sini. Haish, haish, haish.

Raya pun dah lama lepas, best jugak. Tapi sekarang bila masing masing ada komitmen, rasa macam dah tuanya aku~ Kawan kawan ada kehidupan masing masing, what I mean is that they know what they want and ada plan. Aku nak plan tapi kabur lagi. Bukan kabur la, memang gelap tak nampak nak buat apa. Ke aku yang fikir lebih?

Tapi aku memang respek lah orang yang ada plan ni. Sebab apa? Sebab diorang tau apa yang diorang nak. Kalau yang jenis "tahla, taktau lagi nak buat apa" jenis aku ni, memang takdak masa depan rasanya. Apa yang diri sendiri nak pun taktau. Susah!




Back to real life---

Bukan semua orang sanggup ikut hala tuju macam kita. Jadi, takpayah nak frust menonggeng kalau kena tinggal dengan siapa pun. Deal with it! Macam mana cara pun, setiap orang akan tinggalkan kita. Belajar hidup sendiri. Be independent when you need. Survive when you can. Setiap jadah tu penting. Tapi jangan la langsung tak reti nak berdunia dengan orang.

Allah sendiri berpesan supaya jaga hubungan silaturrahim. Kalau masing masing berbeza cara, sesuaikan diri. Bukan hipokrit. Sebab tak semua orang yang kena ikut telunjuk kita. Kita ada cara hidup lain lain. Jadi macam iguana, berubah ikut keadaan. One of basic thing in suiviving skills. Tapi jangan jadi lalang. Yang ni tebas buang ja. Ada pun buat semak. Tapi kadang kadang cantik gak masa amik gambaq, eh!





Kalau la aku boleh naikkan konfiden diri, percaya diri, semua diri ni, mesti aku tak botak asyik fikir macam mana nak bergaul dengan orang. Aku sendiri tak faham. Certain people, walaupun baru first time aku jumpa kenal tapi senang betul aku 'click'. Tapi kalau yang aku tak 'click', letak la aku duduk empat jam pun. Memang tak kemana. 


Cool right?


If only I'm brave enough to rely just to myself.

If?
If?

dah la. tata~





July 06, 2013

hubungan

Assalamualaikum


Dah kali ke berapa aku taip salam ni pun tak tau la. Tiap kali nak karang cerita mesti lupa ataupun fikir macam tak penting. Hurm..

Lama sangat tak blogging. Rindu pulak zaman awal awal dulu. Tapi semua dulu. Susah kalau asyik fikir yang 'dulu'.



-----'dulu'

Macam macam boleh difikir kalau cakap dulu. Sebab apa? Sebab semua yang 'dulu' ni dah lepas. Memang senang kalau cakap benda yang dah lepas. Sebab benda tu dah pun jadi. Haih, masalah kalau jadi orang yang terlalu insecure dengan diri sendiri ni. Setiap orang ada fasa dalam hidup. Macam roda yang berputar, kadang kat atas kadang kat bawah. Dan bila kat bawah kadang kita akan langgar taik yang memang akan menambahkan masalah dalam hidup. Metafora je semua ni. Tapi memang semua orang macam ni. Tipu kalau dia cakap, dalam hidup tak pernah ada masalah. Then, that's not life man. Life is a lesson you'll learn.


Aku ni diikutkan bukanlah jenis senang berkawan dengan orang. Kawan aku limit dari sekolah rendah, menengah. Masuk poli ak dah kurang kawan dengan lelaki. Kawan pun sekadar gitu gitu. Tak macam zaman sekolah. Masuk U lagi lah. Orang macam takut sangat nak bertegur dengan aku. Kadang aku yang low profile sebab aku orang utara. Hurmm...


Tapi aku syukur sebab dikurniakan kawan yang sangat supportive. Sangat! Aku jenis tak percaya diri sendiri. Tak percaya kemampuan diri. Tapi kawan kawan selalu cakap aku boleh. Sampai satu hari aku tersedar, ramai percaya aku. Kenapa aku susah nak percaya diri sendiri? Soalan yang macam sial jugak lah bagi aku. Sial sebab aku sendiri tak tau jawapan soalan tersebut.


To build a relationship ni senang je sebenarnya. Serasi sama, memang jalan.Tapi pernah tak, kawan and at the end back to stranger? 


Aku dah banyak kali. Tapi yang kali ni paling aku terasa Tak tau la sebab apa. Patut aku dah boleh cakap 'I'm used to it'. But not this time. Kali ni susah betul aku nak lepas. Bila aku lari, lagi rasa tak boleh. Orang cakap jangan lari, hadap! Tapi tiap kali aku hadap, aku yang frust lelebih. 


Mungkin sebab unexpected kot. Kata orang bila unexpected, rasa dia lain. Dan memang betul la kata orang tu. Lain sangat rasa sampai boleh buat menonggeng. Dia lain dari yang lain. Dengan dia aku tak payah  nak jadi orang lain. Aku admit la, first time tu rasa malu sikit dengan dia. Aku lagi rapat dengan orang lain. Tapi entah macam mana, kami mula rapat. Sikit demi sikit tau pasal dia. Padahal sebelum ni tak pernah perasan dia langsung. Tak pernah amik tau. 


---kimia?


Nak kata ada chemistry? Tak jugak. Tapi dia buat aku banyak bergantung dengan dia, macam boleh diharap la. Aku rasa lain. Lagi tambah rapat sebab dia layan gila aku. Gila aku yang aku tak tunjuk dengan orang yang aku baru kenal. Dengan dia, aku berani marah marah. Tapi kalau jumpa depan semua tu hilang. Adoii, boleh buat gaduh ni~~


Tapi bila semua hilang, aku rasa lost sat. Sat je la. Still on the track, tak la melampau. Aku still jumpa dia. Kami memang takkan cakap depan orang lain. Tah sebab apa. Kekadang aku rasa bodoh. Bodoh sebab mengaharap. Kan dah ngaku. Hurm, yela, memang aku mengharap. Bila dia cakap dengan aku, aku pulak rasa menyampah. Kan dah salah sendiri. Memang rasa pahit, tapi hati ni Allah yang pegang. Rasa cinta, suka Dia yang bagi. Perasaan benci datang dari diri sendiri. Aku tak benci dia, sungguh!


Sekarang aku doa tiap hari dia hidup bahagia. Tu ja. Aku doa untuk aku semoga perasaan ni terjaga tak melebihi batas. Allah tu yang membolak balik hati kita, doa supaya ditetapkan hati. Punca hidup tak menentu selalunya datang dari hati. Jangan benci orang tu sebab dia antara satu pelajaran dan pengajaran kuat tak hati ni terima ujian dan dugaan dari Dia. 


Senang aku cakap, aku nak move on. Aku dah penat!


Untuk dia---


hantu

dulu engkau macam hantu
sehingga buat aku merindu
siang malam ternantikan garapan aksaramu

aku termangu
kenapa engkau yang tak pernah kuketemu
tetapi bisa tusuk hati kecil aku
tetapi bisa buai rasa syahdu

sungguh jujur aku tahu
meski tiada apa keluar dari bibirmu
engkau punya cinta hati membayangi jiwamu

aku diam - pendam - sorok dalam dalam

tapi perlukah hingga engkau sanggup untuk menipu
hati aku hancur lebur patah retak beribu
baru aku faham erti jarak yang diletakkan kamu
tuntas biar aku berlalu dan biar aku lupakan semua tentang kamu


kerna kau semata-mata hantu
yang takkan pernah menjelma dalam hidup aku
--- secara literal, mungkin


(taktau la amik dari mana, serious lupa)


“Mendoakanmu bukanlah suatu kemestian, namun suatu kebiasaan tatkala rindu itu terlalu dan selalu. Kala itu aku memohon agar Tuhan selalu memujukku.=)”



June 23, 2013

notetoself


A single woman should only marry a man she can follow: Ladies if you are single, be very, very careful who you date and marry. Don’t just date a man who you can put up with, marry a man you can trust, you’ll follow his leadership, you’ll respect him, he’s saved. The last thing you want is some guy you don’t trust, he’s not wise, he doesn't. do his homework, he’s harsh, he’s inconsiderate, he’s immature, he’s a boy, you’re more his mother than you are his mate, Real danger…real danger…

May 17, 2013

Family

There is one relationship 
that's as difficult yet unavoidable.

A relationship 
that's tedious but inevitable.

A relationship
that's last your entire life.

That's FAMILY.


Reply 1997




First love

First Love...

The reason why we think first love is beautiful is not because people we first loved were actually handsome or pretty,
It's because we were unconditional, innocent or a bit stupid at the time of first love--

And because...
We know that we can never go back to that young, passionate time of our days.

First Love is a bit rash...

Without any calculation,we throw ourselves with passion and finally come to face failure.
But it is at the same time, dramatic.
It comes with inexplicable feelings that we never get to experience again.
So first love becomes the most dramatic moment of our lives--

It's okay to fail.

Tragic stories stay longer than 'happily ever after'.
It's nice to have that wonderful story as one chapter of one's life.

First Love is a period of time...

It never comes back.
If the next love comes,
time has to yield for that new love.

It might not be as innocent as the first love,
but it would be a little more mature...

Due to the pain suffered with the first love.
A person who dreams of love,
is the one who waits...

And a person who waits,
recognize the love when it comes near him or her.

After the romance,
the real life comes in.
Innocence gets dirty,
passion gets cold,
and youth gets old with cleverness.

So the first love becomes part of one's exhausted daily life.
That's why first love looks like it can't be accomplished.

Because no one talks about a successful romance with first love.


Reply 1997


Teenage

Being a teenager is a stormy period because we don't know any answers,
We don't know what we really want,
Who really loves us...
Who we really love--
We struggle to find the answer.
And finally when we miraculously find the answer...
We've already become adults and undergo big and small goodbyes.
Reply 1997

May 08, 2013

eh

Okay sambung balik...


Balik je Shah Alam minggu lepas tu berderet cuti balik. Tapi kan, 30 April memang ending lah. Serious! Aku pun dah malas. Esoknya hari buruh akak ajak keluar. Konon nak mengubat hati yang lara *cewahh, p tengok ironman for the second time. Minggu tu jugak ada oral test Jepun. Nasib hafal sikit malam sebelum tu. Tapi cuak jugak lah. Petang tu ingatkan ada koko, tapi cancel, hewhew. Malam gerak balik SP dengan anak sedare. 

Sepanjang balik SP, aku teman die drive sampai ke G.Semanggol. Yang lain tido. Balik jalan lama, best woo. Sampai SP dah Subuh. Lepas Subuh tido then awal-awal pagi dah kena kejut dengan Kamilah. Petang sikit 3F balik, weeeheuu. Fatihah omeyy sangat.


Petang tu bawak Kamilah potong rambut, lawak gila. Esoknya hari mengundi. Penuh belakang rumah sebab pusat mengundi dekat situ. Banyak la ragam. Wa mengundi jugak, hehe. Petang semua dah balik, tskk. Esoknya baru aku balik. Memang kentang la dari 12 tghari sampai 12 mlm. Itupun ak mintak hantar balik Bukit SUbang. Dah nak balik kolej jadi liat, kesan dari banyak cuti. Sekarang ada problem sikit. Hope boleh settle tanpa mengguriskan hati mana-mana pihak. Doakan...



cuti yang bersungguh

Assalamualaikum


Hum hum hum.. How to start? 

I bought a new phone? Pulun sangat Aisyah oii, but I really do bought a new phone. Serious! Bukan la tak sayang Blackberry ni, tapi asyik rosak and mak cakap duit baiki boleh buat beli fon baru. So atas nasihat mak, beli la baru. Padahal memang akaiii nak fon baru. Tapi aku still simpan BB ni sebab sayang. Sape nak pakai boleh je, tapi aku taknak jual. Fon baru pon bukanlah secanggih orang lain, tapi aku suka sangat. Tu yang penting.


Tahun ni banyak kawan-kawan kahwin. Aku rasa ketinggalan? Honestly, agaklahh hehe. Tapi aku tumpang happy. Sem ni banyak sangat benda jadi. Ada yang best, ada yang hmm taktau lah nak cakap. But for the first time, keluar jalan-jalan dengan kawan Uitm. Kitorang just jalan TS, Masjid Jamek and Sogo Memang betul-betul jalan sebab tak beli apa-apa huhu. Tapi tapi ada try buat  manicure. Perak buihh, haha.


Sebelum balik cuti banyak jugak aku makan luar, no wonder duit cepat habis T.T Ayam bakar, secret recipe, spageti. Last baru sedar, pergi pasar malam. First time pergi, not bad laa. News paling best adalah aku kena jadi ketua bilik, kikiki. Last day before balik cuti, ada test. Stay dekat fak sebab cuak tahap gila. Tapi study ala kadar jugak, hum hum. The best part is aku jumpa soqhang hamba Allah ni for the first time untuk sem ni masa test. Happy ya amat wehh, padahal taktik pujuk diri. Cuti sem memang aku cuti sehabis mungkin.


Sampai rumah malam Jumaat, petang Sabtu dah pergi Penang. Itu pun kawan datang SP amik sebab dia bosan. DIsebabkan dia pun baru balik Malaysia, mak lepas je la pergi. Sebelum balik Penang, singgah makan dekat Taman Ria. Aku memang dok SP tapi taktau tempat makan kat mana. Jumpa la sat dengan Afiq. Sampai je Penang, teringin makan nan cheese kat Kapitan. Terus teringat Min and kol dia. Sekali makcik tu tengah off day and nak pergi Night Market Batu Feringgi. Kami yang berdua ni pun, mensibukkan diri nak join sekali walaupun tak dapat nan. Jalan-jalan sat, then pergi makan. Time tu la semua cerita keluaq.

With Yasmin and Adibah


Esoknya aku dengan Dibah meronda Penang. Aku ni tak Perak mesti Penang. Lepas ni P apa pulak kan?? Tunggu dia buat tutorial then pergi makan dekat Straits Quay. Bajet kaya hahaha. Makan pas tu round-round pergi Gurney. Disebabkan makcik ni ada tiket wayang free, kami pun tengoklah GI Joe. Dah tu cari kereta tak jumpa, gila kesian. Semalam tak dapat roti nan, so kami tebus hari ni pergi cari sampai jumpa. Kalau Kapitan dekat dengan Queensbay aku tau lah, dekat Tanjung ni aku fail sikit jalan dia. Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak. Dekat dengan Kassim Mustaffa and Line Clear je pun. Depan Little India, adoii. Best pulak tengok banyak gerai-gerai time malam. Puas weh dapat.


Esoknya, awal-awal pagi dah keluar rumah sebab Dibah kena clerk patient dekat Hospital Seberang Jaya. Dengan aku follow. Mula-mula malu jugak lah jumpa kawan-kawan dia, dah lama tu okay je. Tapi aku tunggu luar sebab taknak ikut dia jumpa patient. Dah siap, balik pulau balik makan tengahari dekat sana. Nak nangis aku tengok lauk yang banyak gila and gulai Penang yang pekat-pekat tu. Tak dapat kot kat Shah Alam, huhuhu. Sudah makan pergi PMC sebab makcik tu ada lecture. Aku nak suh die anta pergi stesen Butterworth dah alang-alang kat seberang, tapi die pulak taktau jalan tsskk. First time masuk lecture hall budak medik *perak buihh. Terlayan jugak la lecture Parkinson pasal tremor. Dapat sikit ilmu, ada pulak kawan die ajar cara nak tido dalam lecture hall, haha. Nasib lecture satu lagi cancel sebab ada gambar yang ak geli gile. Lepas habis terus die hantar aku pergi jeti. Dah kat sana aku buat lawak sorang-sorang. Lama kot tak naik feri jalan kaki. Sampai Butterworth pon terkapai jugak mula-mula. Nasib bas datang cepat.


Dah balik rumah memang melekat je dalam rumah. Keluar pun sebab mak suruh cari tiket, kalau tak jangan harap. Dapat la bertemu dengan Ju on sorang ni. Dengan dia, ada je cerita kami, hehe. Esoknya bawak mak pergi post office and paw makan luar, hahaha. Sebelum blik Shah Alam mak suruh pergi klinik siap-siap, sebab esok tu nak keluar pulak dengan keluarga burung. Lama weh tak jumpa mereka ni, rindu gilak. 

Pagi tu macam biasa, aku menyusahkan akak ipar suruh hantarkan pergi stesen bas. Sebab dari umah aku naik teksi kena rm10, mahai puii. Bas takdak, macam ni lah hidup. Aku gerak pergi Butterworth again sebab nak pergi Penang. After an hour baru dua anak burung tu sampai, grrr. Dah dekat dengan feri, memang naik feri terus la pergi Penang. Sampai sana terus gi cari makan sebab lapaq. Masuk Prangin Mall. Lepas tu perak sendiri sebab dah maju. Rupanya tu 1st Avenue, memang la canggih sikit. Lepas makan terjumpa Ironman tengah berjalan *promotion. Naik lif terus beli tiket. Sebelum start main game. Gila best game tu sebab pakai sensor. Memang nampak sangat peraknya. Lepas wayang baru gerak keluar cari street art. Bajet pelancong, sewa basikal *takleh belah sangat. Tapi senang sikit macam tu.


Haishh, best sangat okayy. Dah malas nak taip. tata


March 20, 2013

luah ludah dan muntah

Assalamualaikum


Lamanya tak menaip, menulis, meluah perasaan, pendek kata meroyan sorang-sorang dalam blog ni. Nak cakap busy tu, ada la sikit-sikit. Tapi lebih kepada malas. Teruk, teruk!! Sem baru yang penuh berliku dah pun mula, ikhlas dari hati, sebenarnya agak takut. 


Aku rasa aku ada masalah dengan tempat yang aku tinggal sekarang which is Shah Alam. Bukan sebab orang ke apa, tapi sebab diri sendiri. Pengalaman pahit datang sini and dapat berita yang paling sedih dalam hidup aku. Terngiang-ngiang lagi dalam kepala. I tried to have some fun here, tapi tak boleh. Alhamdulillah kawan-kawan semua okay and supporting. I need to let it go, tapi susah betol. So kena psiko diri and cuba lupa. InsyaAllah boleh. Asal niat aku baik. Ye dak?


Pelik, sebab dulu aku pernah reject datang sini, which at the end aku dapat sini balik untuk course yang sama, bezanya degree lah. Kawan-kawan aku cakap jodoh aku kuat kat sini, apa-apalah. Aku just harap tak menghampakan family and kawan-kawan  yang tak putus bagi semangat. Terharu sangat :') Semoga semua urusan aku dipermudahkan hendakNya.


Okay tu bab study. Bab family paling aku suka. Yelah, aku dapat anak sedara baru. Kembo aku dah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung awal bulan ni. Sangat happy okay. Bertambah lagi cucu Mohd Yusof dan Mek Sa. Semoga kami semua menjadi anak, ibu, bapa, mak sedara, pak sedara, anak sedara, sepupu, sepapat yang soleh dan solehah untuk keluarga. Amin~


Sem ni duit keluar secara mendadak. Tak dan nak pegang, lesap teruih. Tapi at least nampak la guna untuk apa. Selain itu, (ceeyyy bajet tu ayat) semester ni lah aku banyak keluar sendiri *bangga kembang hidung. Aku dah tau sikit naik train bagai, nak keluar area Shah Alam pun dah bijak. Sebelum ni bukannya tak boleh, tapi mengada lebih. Bila ada something yang jadi, baru aku boleh buktikan kemampuan diri. And aku makin close dengan kawan-kawan Uitm di hatiku. Syukur~



***


Macam mana boleh start berani redah sorang-sorang ni kes datang KL dari Perak lah. Aku naik ETS sebab senang. Dah sampai KL Sentral terkapai-kapai sorang-sorang cari Putra nak pergi ofis akak aku and dengan selamatnya aku sampai. Lepas tu aku ke Bangi sorang-sorang *salute diri sendiri. Happy gila kot. Dekat Shah Alam pulak jangan cakap berapa kali aku ulang keluar. Kena biasakan diri la kan, lepas ni kakak-kakak busy dengan anak. Adik dah tak dipedulikan sangat, tskk


Setelah lama tak bertemu dengan makcik kecikku yang sorang ni, akhirnya jumpa jugak. Padahal rumah tak la jauh sangat, just cuti lain-lain. Dia and Azizie teman aku cari laptop walaupun aku terpaksa naik teksi di KL sorang sorang for the first time, perak wehh. Tapi apa apa pun toce toce toce to both of you.. Owh muka aku sekarang penuh peta, taktau kenapa, tskk. Tapi konfiden tu penting babe. Lupa mention masa kembo aku dok hospital aku pergi sana dengan Auni and dua dua feeling dok oversea dengan bangunan tinggi and up to date *macam vangang. 


Baru baru ni pulak aku ada modul. Actually aku tak suka sangat benda benda macam ni, hehe. Tapi aku pergi jugak, first day tu ceramah. second day latihan dalam kumpulan. Aku ni fail betul kalau kena kenalkan diri depan-depan. tak reti la wehh. Yang lawak, aku cakap dengan kawan aku kalau boleh this time aku taknak satu group dengan budak laki ni. Ni modul ketiga, before ni pun aku satu group dengan dia masa modul 1 and 2. Tapi tula kan, kita merancang, sekali dapat jugak for the third time. Aku takdak masalah pun, just nak tukar angin. Syukurnya aku tak satu group dengan sorang hamba Allah ni. Tu yang penting.


Susah la nak jadi macam dulu. One thing la aku respect this guy, dia akan tolong kawan selagi mampu. Yang lain, agak susah nak hadam. Aku pernah baca, "Biar kita ditolak oleh manusia, jangan ditolak Allah swt". So, aku takmau la menserabutkan kepala otak fikir sama ada kami boleh baik ke tak sebab tu kuasa Allah. DIA lagi tahu apa yang terbaik untuk hambanNya. Cuma, ada kawan aku dah boleh hidu, zzzz


Panjang weh, gile balas dendam ni. Padahal keja bersusun penuh. Lagha lagha. Sampai sini jelah. Sayonara~




"I like flaws and feel more comfortable around people who have them. I myself am made entiely of flaws, stiched together with good intentions."
-Augusten Burroughs




March 02, 2013

cuti itu

Cuti semester dah sampai ke penghujung. Aku pun dah sampai Shah Alam. Tapi, hati tertinggal dekat Perak. Wait,

Kedah. Hati tertinggal dekat Kedah. I miss home, my mom, besties and all of it. Before balik Shah Alam, I stop by at Perak to meet my long term bestie ever. Staying at her house and got a chance to go to UiTM Perak. Nice view, environment that make me smile all the way. Sometimes, I don't know what is wrong with me. I don't like where I meant to be. I think this is why I'm not happy.

A lot of things happen during these breaks. I started my break following my sis to Perak (did I mention how I love this city) After 2 days, we went back to Kedah. There finally I realized that I lost my lappy. Gone like a wind. Luckily I managed to transfer most of my files into my hard disk. Yang ironinya, aku rasa aku hilang lappy macam aku hilang satu hubungan. Taktau punca. Tapi setelah aku duduk berteleku sorang diri, semua ni sebenarnya salah aku jugak. Careless or care less. I'm both.

Family aku pergi Kelantan sebab Mak nak pergi rumah abang sulung aku dekat Gua Musang. A very long journey indeed. Penat weh, jalan pun boleh tahan. Lepas dua malam, kami gerak ke KB konon nak stay sana. Sekali semua hotel full. Mati kutu masing-masing. Dalam pening nak tidoq mana, Mak nak jumpa kawan lama dia masa zaman arwah Abah dalam FRU dulu. Zaman aku pun tak wujud lagi and demi memenuhi hasrat Mak, cee, kami pun jumpa. Mak tak jumpa Makcik Faridah for almost thirty years something I guess. Disebabkan lama tak jumpa, dia ajak tidoq dekat pondok dia. Mula-mula semua berat sebab malu and tak biasa, tapi nak jaga hati Mak, semua setuju.

Pondok yang dikata pondok tu bukanlah hebat umpama banglo mewah, tapi cukup hebat untuk aku sebab penuh dengan ciri-ciri kampung yang selama ni aku rindu sangat. Cantik. Itu yang aku mampu aku cakap. Lepas tidoq semalam, esoknya bertolak balik SP. I must say, I like Kelantan :)

Banyak lagi yang aku buat and ada jugak cerita sedih. Tapi biarlah di dalam hati. One thing that I learn through this break. Not all people who seems to care about you actually cares about you. Fact!



January 01, 2013

conversation




“The most important thing in all human relationships is conversation, but people don’t talk anymore, they don’t sit down to talk and listen. They go to the theater, the cinema, watch television, listen to the radio, read books, but they almost never talk. If we want to change the world, we have to go back to a time when warriors would gather around a fire and tell stories.”
Paulo Coelho 



Conversation makes people listen. By listening, you'll understand how important it is to care for someone, to listen to them, to make them believe that somebody cares. I like listening to people, but there are times when I also in need of someone listening to me. Not all people happy all the time. That's not mental health, that's crap. Sometimes in the middle of conversation you got into a fight, not a real fight but just a fight. Just not to make it worst, left it behind in the next day because that's the best. Why do you bother to continue hurting each other? Conversation is a subjective matter. We converse to get along, not to drift apart.

I must admit that I'm not a good talker, but I am a good listener. Just tell me everything. Even though sometimes I can't help, but at least I can listen. I'm not a therapist, but I promise that I will listen and I will care. If I care about someone, I care a lot. This is the thing that make me sad cause people will take me for granted. I need a light and I will find it. I promise this!




bye 2012, hi 2013

Assalamualaikum


What happened in 2012 will remains there forever. My 2013 will start with an empty jar, then I will fill the jar with  whatever that happens to me during this year and yeah, I'm looking forward to it. 


Looking back through 2012, a lot has happened. Like a lot and I had fulfill half of my 2012 wishlist, Alhamdulillah. Well, I never expected too much and I was so glad that I at least made half from it. 2012 starts when I still a jobless person ever. My sis engaged and I know at that moment, I gonna lose someone closed to me but never really did, hehe. 


Then I was shocked of getting into uni furthering my degree. This is what I expected the less. No, I never expect this. During the time before registering there, I was like in a dream where I think everything was bullshit. But I get through it, and I went there. ALONE! And everything happens to be like a new life, new thing and new me. Yeah, I must admit that I'm not being me at all. During the first half of 2012, I was dealing with myself. Struggle to get along with what actually happened in my life, getting to know new people, adapting myself in a new place which I hate and the worst is that I lost someone in the family.


But hey, storms doesn't always happen because there will be rainbow after it and a light that lighten up my life. I've got one niece and one nephew. Also, one brother-in-law and one sister-in-law. My life was so perfect if it is about family. I've met new people in this 2012, some are like shit but some were so awesome. I end up my long term feeling to someone. It feels so great that I can't even explain the greatness of it. I've graduated, I mean at last I had my convocation. 


In the second half of 2012, I spent a lot of time with families. Most of it, with my sisters. Friends? There were some of them that never left me. I don't have to say who is it. But the thing that makes me really happy was that I got to know somebody who at first was nobody to me but then everything changed and he became someone.


I didn't go through a lot with him, but everything that we've been through was so precious and I really like it. Maybe because I was so comfortable with him and we were so click cause I can talk about everything with him. But then, not all story ends with a happy things right. I don't know when it goes wrong, but we're getting apart and I was not likely to care at all. But deep inside I was feeling so lost and I must say I miss the old us, and this is not good.


Whatever it is, I went to a lot of places during this year, Langkawi Island, Cameron Highland, Genting Highland, Aquaria, my sweet escape to Perak and many more that I couldn't remember. Things about going to a new place, you gotta met somebody that can makes you think about everything that happens in your life. The good and the bad. This actually taught you a lot and this what makes you grow to become someone stronger and happier than before.


I always feel that I'm all alone and no one cares about me. But then I remember that Allah is with me. All the time. I was so into this world sometimes I became so careless and forgot about what I should truly care and love.


Mungkin memang kadang kita dibiarkan Tuhan untuk berjalan sendirian, 
hanya untuk meyakinkan bahwa Dia-lah satu-satunya yang tidak pernah meninggalkan kita.









Seiring masa, kamu akan memahami, bahawa terkabulnya semua harapan dan keinginan itu, 

Tidak akan sentiasa membuat kamu bahagia.
Tidak semua bahagia datang dengan terkabulnya impian,
kerana terkadang,
dari luka dan duka,
Tuhan menitipkannya.