July 06, 2013

hubungan

Assalamualaikum


Dah kali ke berapa aku taip salam ni pun tak tau la. Tiap kali nak karang cerita mesti lupa ataupun fikir macam tak penting. Hurm..

Lama sangat tak blogging. Rindu pulak zaman awal awal dulu. Tapi semua dulu. Susah kalau asyik fikir yang 'dulu'.



-----'dulu'

Macam macam boleh difikir kalau cakap dulu. Sebab apa? Sebab semua yang 'dulu' ni dah lepas. Memang senang kalau cakap benda yang dah lepas. Sebab benda tu dah pun jadi. Haih, masalah kalau jadi orang yang terlalu insecure dengan diri sendiri ni. Setiap orang ada fasa dalam hidup. Macam roda yang berputar, kadang kat atas kadang kat bawah. Dan bila kat bawah kadang kita akan langgar taik yang memang akan menambahkan masalah dalam hidup. Metafora je semua ni. Tapi memang semua orang macam ni. Tipu kalau dia cakap, dalam hidup tak pernah ada masalah. Then, that's not life man. Life is a lesson you'll learn.


Aku ni diikutkan bukanlah jenis senang berkawan dengan orang. Kawan aku limit dari sekolah rendah, menengah. Masuk poli ak dah kurang kawan dengan lelaki. Kawan pun sekadar gitu gitu. Tak macam zaman sekolah. Masuk U lagi lah. Orang macam takut sangat nak bertegur dengan aku. Kadang aku yang low profile sebab aku orang utara. Hurmm...


Tapi aku syukur sebab dikurniakan kawan yang sangat supportive. Sangat! Aku jenis tak percaya diri sendiri. Tak percaya kemampuan diri. Tapi kawan kawan selalu cakap aku boleh. Sampai satu hari aku tersedar, ramai percaya aku. Kenapa aku susah nak percaya diri sendiri? Soalan yang macam sial jugak lah bagi aku. Sial sebab aku sendiri tak tau jawapan soalan tersebut.


To build a relationship ni senang je sebenarnya. Serasi sama, memang jalan.Tapi pernah tak, kawan and at the end back to stranger? 


Aku dah banyak kali. Tapi yang kali ni paling aku terasa Tak tau la sebab apa. Patut aku dah boleh cakap 'I'm used to it'. But not this time. Kali ni susah betul aku nak lepas. Bila aku lari, lagi rasa tak boleh. Orang cakap jangan lari, hadap! Tapi tiap kali aku hadap, aku yang frust lelebih. 


Mungkin sebab unexpected kot. Kata orang bila unexpected, rasa dia lain. Dan memang betul la kata orang tu. Lain sangat rasa sampai boleh buat menonggeng. Dia lain dari yang lain. Dengan dia aku tak payah  nak jadi orang lain. Aku admit la, first time tu rasa malu sikit dengan dia. Aku lagi rapat dengan orang lain. Tapi entah macam mana, kami mula rapat. Sikit demi sikit tau pasal dia. Padahal sebelum ni tak pernah perasan dia langsung. Tak pernah amik tau. 


---kimia?


Nak kata ada chemistry? Tak jugak. Tapi dia buat aku banyak bergantung dengan dia, macam boleh diharap la. Aku rasa lain. Lagi tambah rapat sebab dia layan gila aku. Gila aku yang aku tak tunjuk dengan orang yang aku baru kenal. Dengan dia, aku berani marah marah. Tapi kalau jumpa depan semua tu hilang. Adoii, boleh buat gaduh ni~~


Tapi bila semua hilang, aku rasa lost sat. Sat je la. Still on the track, tak la melampau. Aku still jumpa dia. Kami memang takkan cakap depan orang lain. Tah sebab apa. Kekadang aku rasa bodoh. Bodoh sebab mengaharap. Kan dah ngaku. Hurm, yela, memang aku mengharap. Bila dia cakap dengan aku, aku pulak rasa menyampah. Kan dah salah sendiri. Memang rasa pahit, tapi hati ni Allah yang pegang. Rasa cinta, suka Dia yang bagi. Perasaan benci datang dari diri sendiri. Aku tak benci dia, sungguh!


Sekarang aku doa tiap hari dia hidup bahagia. Tu ja. Aku doa untuk aku semoga perasaan ni terjaga tak melebihi batas. Allah tu yang membolak balik hati kita, doa supaya ditetapkan hati. Punca hidup tak menentu selalunya datang dari hati. Jangan benci orang tu sebab dia antara satu pelajaran dan pengajaran kuat tak hati ni terima ujian dan dugaan dari Dia. 


Senang aku cakap, aku nak move on. Aku dah penat!


Untuk dia---


hantu

dulu engkau macam hantu
sehingga buat aku merindu
siang malam ternantikan garapan aksaramu

aku termangu
kenapa engkau yang tak pernah kuketemu
tetapi bisa tusuk hati kecil aku
tetapi bisa buai rasa syahdu

sungguh jujur aku tahu
meski tiada apa keluar dari bibirmu
engkau punya cinta hati membayangi jiwamu

aku diam - pendam - sorok dalam dalam

tapi perlukah hingga engkau sanggup untuk menipu
hati aku hancur lebur patah retak beribu
baru aku faham erti jarak yang diletakkan kamu
tuntas biar aku berlalu dan biar aku lupakan semua tentang kamu


kerna kau semata-mata hantu
yang takkan pernah menjelma dalam hidup aku
--- secara literal, mungkin


(taktau la amik dari mana, serious lupa)


“Mendoakanmu bukanlah suatu kemestian, namun suatu kebiasaan tatkala rindu itu terlalu dan selalu. Kala itu aku memohon agar Tuhan selalu memujukku.=)”