September 11, 2013

percaya





terima kasih

Kalau nak cakap tentang hati, sampai bila pun tak habis. Selagi boleh hadap, hadap jelah. Kadang kita ditakdirkan hadir hanya untuk melengkapkan jalan hidup seseorang yang mana Allah tentukan. Terima dan redha.


Hati---

Cukuplah. Aku dah penat. Mungkin sampai sini saja. Banyak lagi aku boleh fikir dan syukurkan.


Mungkin ada masa Tuhan buat kita jatuh cinta
bukan untuk sampai ke penghujungnya
tapi untuk menimba pengalamannya. -WA


Bukan semua boleh kita dapat. Tuhan Maha Adil. Takkan dibiar hambanya keseorangan. Kerana rindunya, Dia hadirkan dugaan dan ujian. Kerana Dia rindu, dihilangkan seseorang yang kita agungkan selainnya. Punca semuanya datang dari diri sendiri.


Banyak yang aku fikir bila umur menginjak ke satu tahap yang perlu aku fikirkan. Cuma, aku tak nampak. Aku buta. Aku kabur.


bohongi aku tentang kau yang sudah berpunya
bohongi aku tentang kau yang sedang menukangi cinta
dengan
kekasih lama
bohongi aku tentang senyummu serta bicara bicara kita
yang 
cuma pura pura

aku membutuhi semua bohong bohongmu
lalu akan percaya satu persatu untuk tidak lagi mengingatimu

kerana aku sedang membohongimu tentang menyukai dia yng sebenarnya adalah
kamu... -MB




Terima kasih kerana tidak membohongi aku. Terima kasih kerana menjawab semua. Semoga kau berbahagia hendaknya dengan si dia yang sebenarnya telah lama bertakhta di hatimu. Terima kasih juga membiarkan aku menumpangi kasihmu, walau seketika. 


September 09, 2013

esok

start sem baru, hidup baru, kawan baru, semua baru.


jangan jadi baru aa sudah.


September 06, 2013

tik tok

Masa berdetik semakin laju
Tak sanggup rasa apa yang berlaku
Tapi ini hala tujuku
Semoga tabah dalam liku--



Rasa nak nangis fikir kena balik Shah Alam. Aisyah, why can't you be more positive bout yourself? Drama hidup aku dah nak mula tak lama lagi. Time tu banyak sikit cerita nak ditulis selain dari luahan perasaan yang entah apa apa ni.


Silap---

I screwed like thousand of times. Bila buat silap, aku jatuh. Nak bangun susah. Satu yang aku pegang. Jangan harap manusia lain untuk bangun sama kita. Bodoh! Sebab semua datang dari diri sendiri. You should take responsible of what you doing to yourself. You screwed, you fix. None can help you with that. They only can help you get through it. Itupun kalau diorang nak. Cukup.



September 04, 2013

sekian lama

Assalamualaikum


How to put into a words?



Hentam je lah kan. Kalau tak sedih, mesti taktau nak menulis apa. Heran betul. Cuti dah sampai ke penghujungnya tapi hati nangis nangis nak cuti lagi. Badan taknak gerak sebab tak sanggup tinggalkan kampung halaman lagi. Mentally and physically not ready. Betul tah eja. Erkk!!

Kalaulah tempat belajar dekat utara jugak~~~


Kalau---


Nama pun kalau. Kalau oh kalau. Bahagia rasa hidup. Frust ja, pergi makan nasi kandaq takpun laksa takpun apa apa yang kena taste utagha ni, meoww~ Kawan yang rapat pun ada kat sini. Haish, haish, haish.

Raya pun dah lama lepas, best jugak. Tapi sekarang bila masing masing ada komitmen, rasa macam dah tuanya aku~ Kawan kawan ada kehidupan masing masing, what I mean is that they know what they want and ada plan. Aku nak plan tapi kabur lagi. Bukan kabur la, memang gelap tak nampak nak buat apa. Ke aku yang fikir lebih?

Tapi aku memang respek lah orang yang ada plan ni. Sebab apa? Sebab diorang tau apa yang diorang nak. Kalau yang jenis "tahla, taktau lagi nak buat apa" jenis aku ni, memang takdak masa depan rasanya. Apa yang diri sendiri nak pun taktau. Susah!




Back to real life---

Bukan semua orang sanggup ikut hala tuju macam kita. Jadi, takpayah nak frust menonggeng kalau kena tinggal dengan siapa pun. Deal with it! Macam mana cara pun, setiap orang akan tinggalkan kita. Belajar hidup sendiri. Be independent when you need. Survive when you can. Setiap jadah tu penting. Tapi jangan la langsung tak reti nak berdunia dengan orang.

Allah sendiri berpesan supaya jaga hubungan silaturrahim. Kalau masing masing berbeza cara, sesuaikan diri. Bukan hipokrit. Sebab tak semua orang yang kena ikut telunjuk kita. Kita ada cara hidup lain lain. Jadi macam iguana, berubah ikut keadaan. One of basic thing in suiviving skills. Tapi jangan jadi lalang. Yang ni tebas buang ja. Ada pun buat semak. Tapi kadang kadang cantik gak masa amik gambaq, eh!





Kalau la aku boleh naikkan konfiden diri, percaya diri, semua diri ni, mesti aku tak botak asyik fikir macam mana nak bergaul dengan orang. Aku sendiri tak faham. Certain people, walaupun baru first time aku jumpa kenal tapi senang betul aku 'click'. Tapi kalau yang aku tak 'click', letak la aku duduk empat jam pun. Memang tak kemana. 


Cool right?


If only I'm brave enough to rely just to myself.

If?
If?

dah la. tata~