November 19, 2013

kau

Untuk yang terakhirnya
Masa kita sudah tiba
Terima kasih dengan semua yang kau curah
Aku terima walau tahu tiada hak yang utama.

Kau--

Hebat ketukan yang kau bunyikan di jiwa
Sehingga bergema seluruh semesta


Jiwa--

Aku punya jiwa
yang kau koyak rabakkan akhirnya
Hanya untuk buktikan kau punya kuasa--

Kuasa menakluk hati aku yang
ampuhnya hanya aku yang jaga

Patah jua dek kerana kau si durjana.


risau bagi mereka

Semua tanyakan aku tentang cinta
Risau kata mereka

Tapi...

Hati aku kata tak apa
Rela berlara
dari jiwa terluka.

Mudah bagi mereka.
Susah dibicara.
Kerna hati ini sering buta
terima cinta yang kononnya ada.

Ahhh...

Dari jiwa dinoda
Aku rela sengsara.

Bukan apa
Aku penat meminta
Penat untuk dikecewa
Untuk yang ke sejuta kalinya.

November 13, 2013

padam

Assalamualaikum



Sejak dua menjak ni aku rasa susah sangat nak move on. Perasaan yang bila nak move on, proses loading tu lambat sangat before aku boleh ke step untuk move on.

Aku fikir banyak kali, kenapa?


Aku salahkan orang lain disebabkan keadaan aku yang tak boleh bergerak. Umpama tangan yang diikat. Kena hadap benda yang aku dah taknak ambil tahu.


Tadi yang paling buat aku rasa aku dah buang masa sangat.
Sangat-sangat buang masa.

Aku check balik, niat aku ni ikhlas ke tak?


Aku taknak masalah ni buat masalah untuk orang lain. Aku nak dua dua pihak dapat keuntungan sendiri.

Jadi lepas je aku bangun dari power nap tadi, aku dapat satu idea.


PADAM--


Aku patut padam/delete semua history dengan cache, cookies segala bagai yang melembapkan proses kerja aku.

Yee, ni saja cara.

Aku tak payah merungut dan bersungut.

Niat aku memang nak lupa dan move forward untuk teruskan hidup dan kerja aku dengan lebih lancar dan sempurna.



"pada titik ini aku tidak ada apa lagi
mahu katakan
semoga diam dan tangis dalam hati
mampu sembuhkan"

-seksi ovari-